Minta Pendapat
Hai. Januari lepas saya ada masalah period berlebihan dan berpanjangan hampir 3 minggu. Then saya pergi check kat hosp, doktor tak dapat sah kan apa apa since aik kencing tidak penuh pundi kencing (saya kencing dahulu sebelum check). Then dorang bagi saya ubat untuk tahan sakit dan hentikan pendarahan. So period saya masih berterusan sampai 3/4 hari. First day dia, 27/1. Dalam februari saya tak ada period langsung tapi bulan March ni saya ada tanda2 akan period tapi tidak period. Saya tunggu almost 3 minggu. Awal dia rasa senggugut teramat sangat tapi tidak period. Tak lama selepas itu saya ada demam dalam dua hari. Jerawat tumbuh merata tempat, puting dan breast saya sakit. Saya rasa kuat berpeluh dan cepat letih. Emosi tidak tentu. Nak cakap pregnant, tidak ada pula rasa mual mual atau bercak darah macam first preggy. Cuma nak minta pendapat, anyone yang ada lalui masalah macam saya? Atau cuma sebab period tak teratur kena ubat? #SorryPanjangSangat