Ada diabetic bole menyusu baby tak?

Hai ibu2 yg ad diabetic nak tnya menyusu baby lagi bagus ka bagi susu formula Mak sy ckp bgi susu formula jaa sbb takut bila baby menyusu dari sy baby akn dpt diabetic mcm sy jgk hurmmm Tapi nurse dekat kk ckp menyusu lgi better Ibu" yg dh ad pengalaman tolong share boleh tak #firstbaby #ingintahu #seriusnanya #bantusharing #seriusnanya #seriusnanya #ingintahu

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

😂 sis, susu formula lg banyak gula n boleh menyebabkan ketagihan (maltosa) adehh, sy ade diabetes.. mula mmg bg anak menyusu badan, tp susu tk banyak + baby nangis lapar, jd kesian.. 1st mom katakan, n tak belajar ape2 dengar buta2 je apa org ckp.. so tpaksa la bg susu formula.. sekarang ni dah tau klau x keluar sgt susu tu boleh buat 'power pumping' bg badan rasa mcm anak menyusu.. hmm.. Klau ada susu bg la anak menyusu badan..

Baca lagi

nurse pon dh mention awak boleh directfeeding baby mcm biasa. kenapa perlu dgr ckp org yg xbertauliah dlm bidang perubatan. bila dh jadi ibu ni, jadi la ibu berilmu. cari ilmu dr cabang yg betul. mcm follow page Doctor imelda balchin, Doctor Samhan, Doctor Irma dn ramai lagi. susu ibu ni nutrisi no 1 yg protect imunisasi badan baby kita.

Baca lagi

Nurse dah ckp boleh 😅 Awak directfeed je lah. Susu ibu lah susu yg palinnngg terbaik utk baby. susu formula mahal² pun tak dpt dibandingkan. Rezeki awak sis dpt bgi susu badan bagi anak. Diabetes ni sis bukan penyakit berjangkit ya. Dia ni penyakit keturunan ataupun kalau org tu tak jaga makan sampai kena diabetes.

Baca lagi

xde kaitan sis punya diabetic dgn breastfeeding... ni mesti kalau sis sakit pun xleh nyusu anak.. adoi..virus2 xde transfer melalui susu ibu.. sy gdm juga, anak boleh jadi ada diabetes kalau sis tak jagan pemakanan semasa mengandung je..

Awak diabetic boleh breastfeed baby macam biasa. Diabetic kalau awak menyusu bukan effect pada susu badan awak ke baby. Susu ibu banyak khasiat, kuatkan sistem antibodi baby dll. Better dengar cakap nurse, doktor. Kesian kat baby nanti

Adoila ni la nasihat nenek2 yg pakai logik dia je, mana la boleh diabetes tu bjangkit mcmtu, diabetes ni non communicable disease. Menyusu badan je mcm biasa no problem

Sangatlah tiada kaitan awak. Diabetic dan menyusu badan memang tak boleh relate. Kalau awak ada susu badan, silakan manfaat rezeki yang telah diberikan.

Ckp dekat mak lg bahaya bg anak susu formula sbb lagi tinggi risiko anak nak dapat diabetic di usia muda sbb susu formula banyak kandungan gula

1y ago

ni betul sbb kandungan gula dlm susu formula pun tinggi, ada sedara sepupu saya dia duduk luar negara tapi bila balik sini, beli susu kat sini anak dia xnak minum sbb susu sini manis sgt

Dengar yg nurse cakap sis. Diorang lagi tau. Ibu awak bukan pakar.

kencing manis bukan penyakit berjangkit. susukan baby mcm biasa