Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum dr, saya bertanya pendapat dr berkenaan membawa bayi yg ke kawasan ramai orang cthnya pasaraya membeli belah, kenduri kahwin atau pun sekolah ketika musim influenza... Rata2 saya lihat ada ibubapa yg membawa anak2 ke kawasan begini.. Semoga anak2 kita dilindungi dari penyakit

6y ago

Ya. Di musim influenza ini, tidak digalakkan untuk keluar atau membawa anak-anak ke tempat awam yang ramai orang, jika tiada keperluan mendesak, kerana influenza boleh merebak melalui sentuhan, udara dan titisan air liur