4 Balas

Kelebihan No 1 Kurang diserang penyakit. Bayi yang menyusu dengan susu badan kurang diserang penyakit. Bayi jarang ditimpa sakit dalan jika sakit sekalipun, bayi sus ibu akan lebih cepat sembuh. Kelebihan No 2 Susu manusia terbaik untuk bayi (susu lembu terbaik untuk anak lembu) Kelebihan No 3 Susu ibu memberi nutrisi terbaik buat bayi dalam membantu tumbesaran bayi pada tahap optimal Kelebihan No 4 Kolestrum merupakan laksatif semulajadi. kolestrum merupakan laksatif lembut yang membantu bayi baru lahir mencuci perut dan ususnya. Ini dapat membantu bayi membuang bilirubin berlebihan dengan segera bagi mengelak jaundis. Kelebihan No 5 anak lebih cerdik. Benar. terdapat kajian menunjukkan bagi yang minum susu ibu mendapat markah lebih tinggi dalam ujian IQ semasa kanak-kanak, malah hingga dewasa. Nutrisi dalam susu ibu membantu IQ anak. Kelebihan No 6 Bayi lebih gembira dan terasa selamat. Ikatan antara ibu dan anak semasa menyusu membuatkan bayi lebih tenang dan selesa. Bayi juga merasa lebih selamat dalam pelukan ibu. Kelebihan No 7 Kurang risiko sakit jantung. Kajian terbaru menunjukkan risiko penyakit jantung di kalangan orang dewasa adalah lebih rendah apabila mereka menyusu dengan susu ibu semasa bayi. Mereka yang tidak menyusu dengan susu ibu pula sebaliknya mempunyai risiko penyakit jantung lebih tinggi. Kelebihan No 8 Pembentukan gigi lebih sempurna dan baik.Penyusuan susu ibu adalah terbaik dalam perkembangan oral dan gigi bayi. Aktiviti menyusu menggalakkan perkembangan otot bahagian mulut, tulang bahagian muka dan perkembangan gigi yang optimum. Kelebihan No 9 Mengurangkan risiko obesiti. Bayi yang menyusu botol didapati lebih berisiko untuk menghadapi masalah obesiti semasa membesar. Sebaliknya pula dengan bayi susu ibu. Kandungan gula yang tinggi dalam susu komersial menjadi faktor masalah ini. Kelebihan No 10 Kurang alahan. Saintis percaya faktor imun yang hanya terkandung dalam susu ibu membantu membentuk lapisan perlindungan bayi terhadap alahan makanan. Bayi yang diberi susu formula tiada lapisan perlindungan ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko alahan. Itulah antara kelebihan susu ibu buat bayi, Bagi ummi kelebihan paling ketara ialah bayi susu ibu memang jarang diserang sakit. Demam sesekali adalah tindakbalas normal sistem tubuh mereka terhadap sebarang kuman baru. Bayi sedar membesar dan sistem tubuh mereka juga belajar dapat mempertahan diri bukan. Namun, kalaupun demam, selsema atau batuk, mereka cepat kebah tanpa perlu kepada ubat yang kuat. Antibiotik dalam susu ibu amat membantu. Kalau bayi ummi mula selsema, ummi akan lebih kerap ambil Vitamin C dan ambil Garlic Complex. Khasiat vitamin-vitamin ni akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Alhamdulillah, cepat mereka sembuh.

Dan paling penting, dapat pahala walaupon setitik susu ibu..😊

VIP Member

Antaranya mudah hadam.... Tapi senang cerita antara semua susu...susu ibu adalah susu terbaik....sbb tu d galakkan bg susu ibu ...

VIP Member

Byk sbnrnye..slh satunye ianya bgus tuk antibodi bdn bby dia tak mudah d serang penykit..

VIP Member

Susu ibu buat baby sihat, tak senang sakit, antibody kuat.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan