Selamat bersalin secara operation dek kerana covid
Hai assalamualaikum mommy2 semua. Jaga diri yea dan alert dengan kesihatan masing-masing walaupun kite rasa selesema biasa, sakit tekak biasa, bila check positif covid. Sye disahkan positif covid oleh pihak hospital, tujuan dtg hospital sbb nak chek keadaan baby sbb sye dah mula leaking. Buat swab test naik double line. Bila scan baby, air ketuban cukup2 utk baby dan sye dah ada contraction walaupun sye tak rasa apa2 sakit. Bukaan dah 1 cm. Alhamdulillah sye cepat ke hospital dan baby pon keluar 1 hari awal dari tarikh due date. Sedih sbb sye perlu diasingkan dgn baby. Tengok muka dia pon x dapat. Pihak hospital xnak baby dijangkiti covid mcm mak dia. Mommy2 kene cepat bertindak yea... Jangan tangguh2 ke hospital. Ibu mengandung sgt2 sensetif antibodi dia. Pesanan utk semua. #babyoktober