Baby 6month
Hai Assalamu’alaikum mommies, Today is 4/11/23 and on 8/11/23, my baby will get injections for 6months. (4days left). Saya nak tanya boleh ke kalau saya bagi baby saya makan bubur kosong sekarang? Start awal 4hari. Tujuannya, utk baby biasa nanti 8/11/23 dah masuk 6months boleh terus betul2 makan. Terima kasih.
Tak boleh. Genap 180 hari@6 bulan baru boleh bagi. Lagi 4 hari. Sabar sikit ya awak😊 Saya sarankan awak follow FB happybabyfoodmalaysia untuk belajar tentang pemakanan baby. Ada banyak info, tips dan resipi yang bermanfaat untuk kita sebagai ibubapa.
Boleh je takde masalah . Anak first saya bg makan awal seminggu . Anak second ni nak bg awal seminggu juga . Dia asalkan leher baby kepala dah boleh tegak . Saya tanya kk pun dorg cakap boleh nak bg seminggu awal
Terima kasih sis, anak saya dah boleh bergolek dah, sekarang tgh belajar nak merangkak. Lgipun anak saya dah tumbuh gigi 2 btg dekat bawah. Kesian tengok dia mcm tak kenyang je menyusu, susu pun taknak minum sgt.
nurse saya suruh start 2 ke 3 hari sblm cukup 6 bulan. siap ajar step2 lagi ape dulu yg bole kenalkan dekat baby. nasik dulu, lpastu nasik dengan sayur pulak, lpastu nasik syur dn ayam pulak.
Tak perlu rush nak bagi makan eventho just 4 hari awal. Tunggu je baby cukup 6 bulan tu. Tak pernah pulak dgr org practice makan before masuk 6 bulan. Masa 6 bulan tu jelah start practice.
Nurse KK tempat saya pulak suruh start bagi makan bubur kosong seminggu sebelum baby masuk 6 bulan.