20 weeks perut mengeras
Hai. Anyone here who's in their 2nd pregnancy or more? Mmg normal ke perut mengeras on 20 weeks of pregnancy? Berdiri lama sikit time masak pun dah start mengeras. Sbb masa 1st pregnancy, dah masuk 3rd trimester baru start rasa perut mengeras. Kalini mcm awal sgt, I jadi overthinking 🥲 #Needadvice #askmommies #pregnancy #bantujawab

Ya, perut mengeras semasa trimester kedua kehamilan adalah normal dan biasanya tidak membahayakan. Ia boleh berlaku secara berkala dan disebabkan oleh beberapa perubahan semula jadi dalam tubuh ibu hamil. Berikut penjelasan lanjut: 🤰 Punca Perut Mengeras Semasa Trimester Kedua - Pertumbuhan rahim dan regangan ligamen Apabila rahim membesar, ligamen yang menyokongnya akan meregang. Ini boleh menyebabkan rasa tegang atau keras di bahagian perut, terutamanya ketika ibu mengubah posisi atau bergerak secara tiba-tiba. - Pergerakan bayi Bayi yang semakin aktif boleh menyebabkan perut terasa keras seketika. Ini adalah tanda bayi sedang membesar dan sihat. - Braxton Hicks (kontraksi palsu) Walaupun lebih biasa dalam trimester ketiga, sesetengah ibu mula mengalami Braxton Hicks seawal trimester kedua. Ia adalah kontraksi ringan dan tidak teratur yang membantu tubuh bersedia untuk bersalin. - Masalah penghadaman seperti angin atau sembelit Perubahan hormon semasa hamil boleh melambatkan sistem penghadaman, menyebabkan angin atau sembelit yang membuat perut terasa tegang atau keras. ⚠️ Bila Perlu Berjumpa Doktor? Walaupun ia lazim, jika perut mengeras disertai dengan: - Sakit yang kuat dan berterusan - Pendarahan - Demam - Keluar air ketuban - Pergerakan bayi berkurang secara mendadak … maka segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Baca lagisaya sec baby ni mcm awk , kerap mengeras . kalau berdiri lama atau bnyak buat kerja . lgpun kerap sgt dukung yg sulung tu . tp alhamdulillah mcm tkde apa2 tanda pun cuma mengeras je , tapi bila mengiring dia dh ok balik
sya 20w second bby jgk. btul. senang mngeras. kdg mkn kat mall pastu sambung jln2, dia pnya mengeras tu. merisaukam. after gosok gosok bru laaa dia ok skit.
biasanya apa punca ya perut mengeras? sebab saya first time. and 17 weeks pernah rasa mengeras.
saya pun sama sis. mcm tegang kann. tapi kalau rehat, okayy balik
sy first mom. kalau perut mengeras tu macam mana ya?
saya frst mom pun perut selalu mengeras huhu
same sis..aritu jln2 kat mall perut mengeras.baby penat kot




first mom to be ?