#firstmom
SubhanaLlah
Alhamdulillah
Allahu Akhbar
Wa la hawla wa la quwwata illa biLlah.
Masya Allah tabarakaLlah...
Beberapa hari lepas, anak menyambut ulang tahun 2 tahun kelahirannya.
Berbaur perasaan aku. Syukur, gembira, terharu, bangga tak sangka boleh menghadapi cabarannya sebagai seorang ibu.
Memang tak mudah menjadi seorang ibu, lagi-lagi bila burnt out. Fuh, macam-macam perangai yg aku keluarkan ketika burnt out. Ada masa boleh tahan pujuk dan sabarkan diri.
Ada masa tak boleh tahan, kurungkan diri dalam bilik lain.
Ada masa melepaskan juga burnt out tu pada suami dan anak atau benda berdekatan.
Ada masa dengan suara yg kuat.
Ada masa mencampakkan barang sebab tahu tak boleh menyakiti sekeliling.
Ada masa ta'awwuz
Ada masa menangis, telefon suami supaya tak menyakiti anak, mengadu itu ini.
Ada masa ingat Allah yg kurniakan anak untuk kita menjadi lebih bersyukur kepada NYA.
Allahu...
Menjadi ibu ini mendidik diri sebenarnya.
Dalam mengasuh anak untuk berusaha menjadi anak soleh dengan izin Allah, kita dulu yg kena jadi solehah kerana Allah.
Banyak lagi nak taip ni, kita masuk bab penyusuan susu ibu selepas ini.