Fahamilah ibu bahawa anak yang dah pandai makan sendiri atau mengunyah tu telah dilatih BERBULAN-BULAN oleh ibu ayahnya. Ia bukan hasil usaha sehari dua sahaja.
Mengunyah, memegang makanan, makan dengan tertib bukan magic. Ia memerlukan latihan yang konsisten.
Bermaksud jika tidak dilatih, walaupun ada gigi penuh pun anak tetap takkan tahu mengunyah unless dia tengok orang sekeliling mengunyah.
Pertama sekali sebelum ibu apply self feeding kepada anak, ibu cari dan baca dahulu tentang perbezaan gag dan tercekik di #hbfmgagrefleks cara pemotongan selamat di #hbfmfingerfoods . Recheck :
1. Berapa kerap kita demo depan anak?
2. Berapa tahap kesabaran kita untuk beri anak makan TANPA memaksa anak ?
3. Berapa banyak ruang kita beri pada anak untuk dia belajar ?
4. Untuk elak anak sumbat banyak-banyak, ibu letak sikit sikit je depan dia. Bila anak sumbat banyak, kat sini memang nampak dia belum tahu lagi ape nak buat dengan makanan tersebut.
5. Kemam luah tu pun sama. Kurang latihan. Dan oral stimulation buat hari hari tak ? Tanpa gagal?
6. Anak campak makanan? Baling makanan ? Picit-picit ? Ni pun ada sebab. Dah dijelaskan di sini. Jemput baca ya https://m.facebook.com/groups/happybabyfoodsmalaysia/permalink/758022798370907/
7. Jika nak ikutkan by 9mo anak sepatutnya dah boleh didedahkan dengan makanan tanpa blend(dimulakan dengan berperingkat sejak 7bulan kerana nak bagi ruang anak berlatih dan ada masa untuk dia bersedia sebelum 9bulan)
8. Tiada cara yang cepat, cuma boleh konsisten demo depan anak, bawa anak makan sekali semasa waktu makan family. Sebab, anak kecil cepat imitate ape kite buat.
Mulakan hari ini, main meal blend kasar berperingkat. Contoh 90% blend, 10% kasar. Esok 80% blend, 20% kasar. Bagi ruang, masa dan peluang pada anak ya untuk belajar. Makna kata ini lah masa anak boleh belajar pegang makanan, mengunyah, sepah sepah ke. Ini masa nya. Jangan memaksa dia. Kita pun tak suka dipaksa kan. Sama lah dengan anak kecil kita tu 😁
Berdasarkan pm/dm yang admin dapat yang ada ialah :
1. Ibu ayah yang kurang sabar
2. Ibu ayah yang nak kan result yang cepat
3. Kurang ilmu
4. Letak high expectation dekat anak.
5. Bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain(ini bagus jika ambil secara positif, tapi jika terlalu selesa akan datangkan masalah juga)
Improve sensori skill anak. Perbanyakkan messy play, beriadah dan sebagainya.
Boleh search banyak dah post tentang ini. Good luck.
Credit:
https://www.facebook.com/groups/happybabyfoodsmalaysia/?ref=share&mibextid=DcJ9fc
Anonymous