#TAPx59S

EMPAT TIPS PENYUSUAN 1. Persediaan payudara Untuk memastikan bayi dapat menghisap susu dengan melekap dengan betul pada payudara ibu 2. Persediaan mental dari segi emosi Untuk memastikan ibu yang pertama kali menyusu bayi dapat menyediakan mental dan emosi dalam situasi yang tenang dalam proses untuk mempelajari menyusu bayi dengan penuh kesabaran dengan pelbagai proses. Selain itu ibu perlu rehat yang cukup untuk memastikan penyusuan untuk bayi dan segala keseluruhan yang diperlukan dapat berjalan dengan lancar. 3. Jenis puting yang perlu di fahami Puting payudara setiap ibu adalah tidak sama. Ada ibu yang mempunyai puting rata atau terbalik. Ibu perlu mengetahui teknik yang betul untuk memastikan bayi dapat lekap dengan betul pada payudara ibu dan mengelakan bayi menolak puting payudara kerana tidak dapat menyusu dengan betul. Jika bayi menolak puting payudara ibu perlu mencari alternetif untuk memberi bayi susu dengan pam susu letak di dalam botol. Jika tidak berjaya boleh mendapatkan nasihat dari pakar latasi atau pakar kesihatan untuk memastikan bayi dapat susu dengan betul. 4. Mengelakan makanan yang tidak elok Penyusuan perlu seimbang dan mengandungi kalsium dari tenusu iaitu susu atau yogurt. Ibu perlu mengelakan memakan makanan yang boleh menyebabkan bayi mendapat kesan sampingan seperti kafein dll melalui susu ibu. Bayi yang mendapat susu yang tidak elok dari permakanan ibu baby menjadi tidak sihat seperti cirit birit dll. Jika ibu ingin mengambil ubat perlu mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Susu ibu merupakan satu sumber nutrien semula jadi yang terbaik untuk bayi yang disarankan oleh KKM. Kajian ada menunjukkan penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu seperti obesiti atau diabetes. Jadi ibu-ibu jangan risau jika susu tidak ada atau ada apa-apa masalah boleh mengantikan susu bayi dengan mengguna FM (susu formula) tetapi perlu bertanya pakar kesihatan jika ingin menyusu bayi juga dengan susu ibu. #TAPx59S

1 Balas

awesome tips 😍😍😍

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan