Kes luar ( menumpang untuk bersalin ataupun berpantang)

Disini saya ingin berkongsi pengalaman untuk manfaat bersama, 1) sekiranya kita ingin bersalin ataupun berpantang di kampung. Pastikan anda memaklumkan kepada klinik desa@pekan@ daerah yang berdekatan dengan tempat anda ingin bersalin. 2) Bawa buku mengandung anak pertama jika anda mengandung anak kedua, ia penting untuk rujukan Dr sekiranya anda ada sebarang masalah. Contoh : anda pernah bersalin secara pembedahan, jadi mereka memerlukan buku kandungan anak pertama untuk rujukan bagi menentukan kaedah kelahiran seterusnya. 3) photostat semua kandungan temujanji di buku mengandung anda untuk diserahkan pada klinik tempat anda bersalin untuk dijadikan rujukan bagi membuat buku pendua kandungan simpanan klinik. 4) maklumkan kelahiran anak anda pada klinik yang lama untuk rujukan mereka.

undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!