mimpi keguguran

Dh dua kali mimpi keguguran.... first mimpi janin keluar n smlm mimpi keluar darah yg bnyk....????....

45 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Anggap semua tu mainan tidur sis. Mimpi buruk ni tak semestinya akan bawak kesan buruk. Tak semestinya mimpi keguguran janin sis akan gugur... Tidak... Semua Allah dah tentukan. Mimpi ni mainan tidur je. Just doa banyak banyak supaya semuanya baik baik je takde apa apa bencana berlaku.

Saya pun pernah mimpi keguguran bayi sehingga keluar setongkol melalui vagina tanpa saya sedar. Masa tu memang meraung lah saya dan suami sebab terkejut. Sampai berpeluh-peluh bangun. Terus mengucap panjang dan ambil wudhuk untuk solat sunat minta dijauhkan perkara tidak baik

Expert

Biasa lah tu sis... Masa preggy ni banyak mimpi benda pelik pelik. Mimpi keguguran ni normal sangat sampaikan ada yang cakap kadang kadang tu petanda. Padahla tak pun! Anggap je benda tu mainan tidur. Jangan terlalu fikirkan sangat sebab nanti makin fikir makin selalu mimpi.

Apa yang saya baca dekat internet, dia cakap maksud mimpi keguguran bayi tu tidak adalah perkara yang membahayakan diri atau kandungan. Sebab waktu tidur kita kan tak sedar. Tapi boleh jadi juga sekiranya pernah mengalami pengalaman keguguran kandungan yang sebelum ini..

Macam pelik je mimpi keguguran keluar darah ni.. Kalau saya sendiri yang mengalaminya pun akan tertanya-tanya kenapalah perlu lalui detik hitam ni ketika tengah best tidur peluk suami. Tapi apa-apapun carilah allah dahulu, minta bantuan dia. Insyaallah dimudahkan

VIP Member

Insya Allah tak ada apa-apa. Ibu mengandung memang emosinya mudah terganggu & boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi. Sis doa supaya kandungan sis sentiasa dilindungi & sihat wal'afiat. Saya turut mendoakan yang sama. Jangan stres2x ya... 😊

5y ago

Tq sis doakn Sye...Sye rasa mungkin Sebb tengok rancgn tanya Dr Imelda smlm...terbawak Smpai mimpi...😭😭...takut Sye ...

Mimpi keguguran bagi saya tu hanyalah mainan tidur sahaja sis. Kita ni ibu mengandung kadang-kadang tubuh agak lemah. Sebab tu mudah sensitif, emosi kurang stabil. Jangan lupa juga bahawa ia mungkin gangguan dari syaitan, banyak2kan berzikir sebelum tidur

VIP Member

Bila dpt mmpi buruk jgn canang mmpi 2 kt org lain.tpi bila trjga dri mmpi 2.ucap auzubillahi minasyyaito nirrojim..pas 2 ludah kiri 3x.niat supaya dijauhkn dri mmpi cm 2.ludah buat syarat je jgn smpai bsah org sblah kng mkn pmpau🤣😂

Kalau lepas mimpi keguguran tersedar terus pergi ambik wudu'. Selawat 3 kali then sambung tidur. Jangan fikir sangat and jangan percaya bila orang kata mimpi keguguran ni maksudnya kita akan lalui satu hari nanti. TAK...... tu semua mainan tidur je.

Fikir positif sis...sy mcm sis jga .. awl kehamilan sy mimpi keguguran bayi n mimpi brnak kembar tp xmnjdi ...mmg ngeri ... Tp alhamdulillah... Berserah pd yg maha esa .... N kndgn sy xda mslh .. moga dipermudahkan segala urusan ... Skrg dh 17w ...