CARA MENERAN DENGAN BETUL KETIKA BERSALIN ☺️
Sentiasa dengar dan peka dengan arahan doktor atau jururawat. Teran hanya apabila disuruh. Jangan meneran terlalu awal sebelum bukaan penuh.
Jika anda meneran terlalu awal anda berisiko mengalami koyakan yang banyak. Pastikan anda fokus. Ingat anak dalam kandungan.
Cara² meneran dengan betul :
√ angkat kepala sehingga dagu mencecah dada
√ mata memandang ke arah perut
√ tangan pegang pergelangan kaki
√ elakkan mengeluarkan suara ketika meneran
√ jangan sesekali angkat punggung
√ tarik nafas dalam² dan teran seperti buang air besar
√ pastikan tidak mengeluarkan nafas dengan kuat
√ teran sekuat-kuatnya selama yang boleh
√ rehat dan relaks ketika tiada kontraksi
√ curi nafas dan teran setiap kali kontraksi
√ elakkan menjerit
Menghembus nafas dengan kuat semasa meneran menyebabkan ibu cepat letih. Jika mempunyai masalah pernafasan, beritahu doktor atau jururawat.