Buku Pink anda tu WAJIB bawa KEMANA-MANA.
Buku tu bukan takat laku kat klinik kesihatan yang anda datang temujanji sahaja. Ia laku dimana-mana. Ia merupakan passport antarabangsa untuk anda dan kehamilan anda.
Di dalam buku pink itu terdapat segala info ibu dan kandungan seperti;
1. Maklumat ibu dan pasangan termasuk tempat tinggal, nombor telefon kedua-duanya, jumlah kandungan semasa.
2. Tekanan darah.
3. Ketinggian.
4. Usia kehamilan.
5. Tarikh melahirkan.
6. Bacaan ujian darah ibu.
7. Jenis darah ibu.
8. Jumlah kehamilan lalu termasuk keguguran.
9. Masalah-masalah sepanjang kehamilan jika ada.
10. Carta pergerakan janin sepanjang kehamilan.
Jika ditakdirkan anda melahirkan anak dimana-mana hatta di shopping kompleks sekali pun, segala maklumat anda boleh diperoleh selengkapnya disebuah buku pink.
Notakaki:
Dah ada buku pink, kenapa mesti tinggal?