Kari untuk baby

Boleh tak masak lauk kari utk bayi 9 bulan. Pedas sgt ke kalau guna rencah kari tu? #justasking

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh. awak boleh refer sini sy ambik dr group happy baby food malaysia. soalan dr mommy hai assalammualikum semua. sy nak tanya 1. penggunaan segala jenis tepung sesuai pada umur berapa ya? 2. penggunaan serbuk kunyit adabi pada usia berap boleh ye? atau seeloknya guna kunyit hidup? 3. segala jenis perencah macam rencah kari atau kurma boleh digunaankan pada usia bila? 4. bila waktu yang sesuai untuk pemberian bihun? 5. untuk baby 7m perlu lagi ke buat 4dr untuk makanan baru atau tak perlu dah? pembelian tepung, kari dan sebagainya ada jenama tertentu atau boleh pakai yang biasa kita pakai? cth kari ayam babas, tepung gandum cap sauh? terima kasih atas perkongsian 😊😉 Jawapan dr admin group 1. 7mo and above 2. 7mo and above. Dua dua boleh cuma jika nak guna serbuk pastikan tiada campuran lain 3. 8mo and above. Pastikan bahan nya rempah sahaja. 4. Bihun pasta semua 7mo and above. Kalau anak tak boleh kunyah, lepas siap potong kecil atau blend kasar. 5. 4dr tidak wajib tapi digalakkan. Jika anak tiada masalah, atau eczema, boleh buat pada makanan yang ada potensi nak alergic seperti seafood, protein, telur dan lain lain. 6. Brand tak kisah. Yang penting tengok bahan sesuai utk baby, unbleached flour, dan tiada perasa #adminhbfm

Baca lagi
4mo ago

sama2 awak🥰😘

Tak digalakkan untuk guna perencah sebab dalam rencah tu ada garam/gula/MSG. Atas setahun boleh, itu pun dalam kuantiti yang terkawal. Melainkan awak guna perencah yang baby friendly. Rasa pedas tu bergantung pada penerimaan anak awak. Macam anak saya, rasa pedas yang saya perkenalkan untuk anak waktu umur 9 bulan ni ialah black pepper, white pepper.

Baca lagi
4mo ago

*cuma

byk mommy sarankan pakai faiza punya kari sbb x pedas tapi anak x mau makan pula tukar guna babas baru dia nak makan , ikut penerimaan anak juga sis try and error letak sikit je buat rasa 🙂

boleh awak. cuba brand Faiza, atau Adabi. tak silap saya ingredientsnya takde tambahan perasa, garam/gula. nanti awak cuba belek2 tengok ya. masa masak tu adjust dan rasa dulu.

bole, cari brand yg tak pedas n buh sikit ja. sbb saya dulu pun ada juga buat kari utk si kcik tuh. tak letak byk pun,

cuba guna faiza. tak pedas.