Kicap Untuk Baby?

Boleh tak bayi makan kicap ? . . Sedapnya kan kalau makan nasi panas kicap dan telur. Memang feveret saya di kala malas masak. Sekali sekala makan dengan suami memang rasa sedap sangat dah. Tapi makan dengan anak ni kena fikir panjang sikit. . . Macam mana kicap dihasilkan ======================== Kicap terhasil daripada biji soya yang dimasak dan dicampurkan dengan bijirin dan sejenis kulat aspergillus. Campuran ni kemudian ditapaikan secara kering menggunakan suhu yang tinggi dan secara basah dengan menggunakan larutan garam yang tinggi (17-20%) . Lepas tu kicap ditapis dan dipasteurkan lalu dipasarkan untuk kegunaan kita. . . Complicated sangat pembuatan kicap ni dan kalau perasan memang masin kicap tu hasil penggunaan larutan garam dan jugak proses penapaian . . So dari prosesnya tahulah kita bahawa kandungan garam dalam kicap sangatlah tinggi. Walaupun kadang-kadang kita jumpa liquid amino yang menggunakan teknik hidrolisis tapi tak bermaksud liquid amino rendah kandungan garam jugak. . . So kesimpulannya janganlah beri kicap pada bayi sebab kicap ni kaya dengan kandungan garam yang tinggi. Sesetengah bayi allergik dengan kicap - yelah campur dengan soya, bijirin, gandum, kulat lagi takut tak selesa pulak perut bayi. . . Kalau nak bagi jugak tunggulah 2 tahun dulu. Itupun letak setitik dua buat tambah rasa sikit. Kalau kurang 2 tahun, saya tak galakkan! Rasanya kalau saya tak cerita proses pembuatan kicap pun ramai pun dah boleh rasa dengan lidah sendiri yang kicap tu masin amat sekalipun kicap manis. . . #toddible #raising_healthykids . . Credit to Amalina Mohd Daud Hantu kicap

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan