Bersalin di hospital selayang

Hi Boleh share tak mommy2 yang pengalaman bersalin di hospital selayang ? Layanan ok tak ? Pastu nnti baby pakai baju hospital ke atau baju yg kita bawak ? And nk tau kos bersalin normal & czer sekali . . And kalau tak keberatan boleh share ape yg penting perlu bawak n benda yang tak penting bawak ke hospital . Sy anak first tak ada pengalamn pape lagi . Tq mommy2 #ingintahu #firstmom #bantusharing

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hai mommy. layanan okay bergantung pd nurse. cuma kemungkinan untuk katil penuh tu ada so kene tunggu dekat PAC duduk dekat kerusi besi. baby akn pakai baju yg kita bawak. nak masuk lr pun nnti nurse akan mintak. kos bersalin normal 3rd class biasanya bawah rm50 tengok bape hari duduk wad dan kalau czer pulak bajet la dalam rm200 centu. 1 pack ( untuk ke labour room ) - pampers - baju baby butang depan (lengan pendek pun takpe) - kain bedung beg wad (untuk ibu) - pad & panties / pad jenis pants - sepersalinan untuk balik rumah - sweater kalau tak tahan sejuk hospital - towel & toiletries - bekal (roti/biskut & air 3 in 1 ke) - selipar pakai dari rumah (takyah pakai sandal cecantik) - stokin dan minyak panas kalau tak tahan sejuk - charger/powerbank beg wad (untuk baby) - pampers baby (selalu saya bawak satu beg je senang) - wet tissue & tissue - napkin/blanket - baju & seluar baby (jenis butang depan) seeloknya barang untuk ke labour room pack dalam 1 bag incase kita tengah melayan sakit contraction dan nurse mintak barang ke lr,kita boleh inform dimana kita simpan just grab & go. barang ibu dan baby boleh masuk satu beg/boleh asing bag takde masalah & paling penting pastikan buku pink & ic diletak dalam beg yang mudah dicapai.

Baca lagi