Tips pantang selepas gugur
Boleh share skit2 klu sudi apa pantang lps keguguran. Sama mcm lps mengandung ya? dan brapa lama. Ni first time pregnant dan gugur ๐ Apa yg penting dn tak boleh tinggal?

Sama saya sis, sis week brapa, kalau saya week 12, tapi pantang sebulan macam bersalin, mak saya jaga betul2. Kira dari saya admit wad sbb bleeding teruk, doc dah bagi lauk pantang, mmg macam bersalin, kalau sis nk berurut lepas 2 minggu ya, sbb kalau saya tak berani lagi sebelum dua minggu. Berurut pun macam bersalin, satu badan 3 kali cukup dah. Minyak panas tu sis sapu dari pinggang ke kaki, sbb kaki kita cepat lenguhh and pinggang pun sama. Kalau nk bertungku pun boleh, sis tungku di pelipat2, jgn di perut terus ya. Mandi air herba, kalau tak nak buat sebulann buat 2 minggu, tok bidan saya mengurut, dia cakap 20 hari cukup dah,jaga betul2 sis, insyallah. Semoga dipermudahkan.
Baca lagi