33 Balas

saya sis , setakat ni syukur baby masih dalam keadaan baik² saja .. saya dapat tau pun semasa baby dah 14w2d pergi scan dekat kk tapi sebelum pergi tu memang dah buat upt dulu naik double line tak caya juga sebab bulan 12 tahun lepas ada keluar darah tapi tak lama lah 3 hari macam tu dan saya mempunyai masalah period yang tak teratur jadi saya rasa was² tapi nasib lah pergi klinik cepat² kalau tidak rasanya beranak dalam rumah 😅 sebab saya jenis badan agak berisi so perut pun memang roi jadi tak fikir pun rupanya dah ada isi dalam tu .. sekarang baby dah 31w5d due date 18/8/2020 ni 😊

sis sakit tak masa period tu?

Sy tak ada pengalaman tapi ada seorg kawan sy tu dia tak tahu dia pregnant smpai la satu masa dia rasa sakit perut yg amat sgt. Bila husband bawa ke emergency baru tahu dia dah nak bersalin. Serious... Sepanjang pregnant sy mmg tak perasan dia pregnant sebab perut kecil sj. Ada boroi sikit la.. tp x mcm pregnat. Dia share pengalaman, x ada rasa loya apa, period mmg x berapa teratur tu dlm tempoh hamil ada jg period beberapa kali. Nafsu mkn mmg dia berselera bagai.. tup² masa sakit nak bersalin tu baru tau baby dah nak keluar.. syukur skrg dah 1 tahun dah baby tu...

Ni pengalaman bunting pelanduk saya masa hamil haritu. Awal awal mmg gelabah habis sebab ingat gugur ke apa. Kena masa minggu ke 13, nak mandi masatu.. sekali nampak spotting dekat seluar dalam saya terus terdiam. Saya call mak saya dia kata tengok esok pagi macam mana. Then esok pagi pun sama ada spotting jugak tapi sikit. Saya terus tak pikir panjang saya ajak suami pergi hospital. bagitau doc semua benda dia kata mungkin bunting pelanduk. so dia bagi ubat dan pesan suruh banyakkan rehat. Alhamdullilah semua ok je until now.

Sis saya ada terbaca pasal ni dekat google.. ni saya copy dekat sini ya.. Apakah dimaksudkan dengan Bunting Pelanduk? Bunting pelanduk atau bunting harimau adalah istilah yang membawa maksud yang sama. Istilah ini mungkin lebih popular dikalangan orang melayu namun tidak semua orang tahu. Seseorang itu dikatakan bunting pelanduk atau bunting harimau apabila mengalami situasi dimana keluarnya darah yang dikatakan haid ketika mengandung. Jangan risau, ia tak bahaya.

Makcik sy pernah.. (pangkat makcik, tp, umo lbih krg sebaya.. haha) dia xtau dia pregnant, sampai la mengandung 5 bulan. Tu pun sebab perut cam besar dari biasa. Dia igtkan dia menggemuk. Tiap2 bulan datang period mcm biasa. 7-9hari, pastu, darah pn cam darah period biasa. Tp, mmg kerap sikit dia kena jumpa doc lepas dah booking tu. Baby lahir cukup bulan. Xde komplikasi apa2. Sekarang dah 7tahun dah. No worries mommy.. just ikut follow up and nasihat doc ja.

Darah mcm darah period normal tu ka sis

Kawan saya pernah lalui pengalaman bunting pelanduk. Dia kena admit ward sebab bleeding. Doc yang 1st kat hosp cakap -ve pregnancy test dan mungkin period. Nurse dan Dos seterusnya bagitau ada baby nya around 5 weeks. Jadi ramai2 sahabat pakat suruh confirm kan kat tempat lain pula, g jumpa doc lain kata nya upt -ve. Jadi dia pergi jumpa ustaz bertanya tentang ni. Ustaz kata ada lagi bayinya. Bidan pula bagitau dia ni bunting pelanduk

Bunting pelanduk boleh terjadi sebab penat sis.. banyakkan berehat dan limitkan buat kerja berat, naik turun tangga. kalau spotting sket2 je should be ok inshaAllah cuma doc pun akan suruh banyakkan berehat. kalau berlanjutan better n amount bleeding nmpk unusual, rujuk doc semula coz maybe kemungkinan threatened miscarriage dan doc akan bg duphaston unt kuatkan rahim jika perlu. as for now, doa yang baik2 dan stay positive.

VIP Member

Sya kne masa anak sulung setiap bulan datang period paling lama 1-2 hari sahaja tapi Smpai usia kandungan 6bulan je, tpy kne juga bgi tahu doktor sis sbb dia org akan scan setiap kali check up untuk check keadaan baby... sekarang alhamdulillah umur anak Sya dah 2tahun 6bulan. Doktor pernh ckp tak smua org Kene mcm ni jarang2 berlaku cuma jgn terlalu stres atau buat bnda2 lasak boleh DTG kn resiko dkt baby ☺️☺️

mcmna sis tau pregnant dn upt + ve tak

Bagi saya, pendarahan yang dikatakan haid ketika hamil (Bunting Pelanduk) ini sebenarnya bukanlah darah haid. Ia berlaku disebabkan oleh: -Hormon mengawal kitaran haid menyebabkan pendarahan penebusan – breaktrough bleeding -Penempelan telur yang disenyawakan pada lapisan rahim Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci jika berlaku pendarahan ketika kehamilan

Saya pernah baca pasal bunting pelanduk. bila badan mula hasilkan hormon kehamilan Gonadotrophin korionik, haid automatically akan terhenti. Tapi ada wanita berdepan darah haid yang dipanggil ‘pendarahan penebusan’ – breakthrough bleeding. Selain tu penempelan telur yang disenyawakan pada lapisan rahim pun boleh sebabkan ibu hamil ni berdepan pendarahan dari farajnya.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan