1 Balas

TapFluencer

Awak berapa bulan dah? bersalin paksa - induce to labor(IOL). pengalaman saya kena IOL sbb GDM. Terus terang saya agak gementar dlm masa sama saya tenangkan diri. Day 1 masuk wad. Day 2 masukkan ubat di vagina untuk buatkan kita ada contraction. Saya kena contraction after 2 jam selepas diberi ubat hingga malam je. Saya ingat tak dapat tidur. Tidur nyenyak je😅 Contraction saya mcm heavy period pain sampai keluar blood show. So, saya banyak bedrest buat deep breathing je. Day 3 , doktor cek bukaan , just 2 cm, so, doktor masukkan belon pula. Saya rasa sakit macam suoer heavy period pain sampai saya menonggeng kat birai katil dan atas katil. 😂 Lantaklah orang pandang pun. Tapi sakit tu hilang lepas saya tidur dan mandi (selepas 2 jam kena masuk belon) Day 4 , cek bukaan , dah 4 cm. ok get ready to labour room. sakit tahap 4 datang bila 7 jam di LR, saya kata, saya nak painkiller, nurse tenangkan saya, nurse kata: bersalin memang sakit puan walaupun nak pain killer "😂 Tiba2 team doktor dtg, rupanya sy kena emergency czer. moral of the story.. keep calm je, redho dgn apa jua ketentuan.. mcm saya nak sangat bersalin normal, bila dengar nurse bisik2 degup jantung baby lemah, saya dah redho untuk kena operate dan teruskan bertenang. Ketentuan Ilahi saya bersalin emergency czer. Memang sy tak ready hadapinya. at least minda sy tenang, itu yg ok bg sy. elakkan stress

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan