3 Balas
Netizen tanya, kalau Dr Imelda scan pregnant mummy, minggu ke berapa dah boleh nampak gender baby boboy ke gegurl? Jawapannya macam ni lah. Kalau ibu slim, rahim kedudukan anteverted, dan baby tengok atas bukak kaki, saya boleh nampak boboy seawal 13 minggu kehamilan. Kalau ibu slim, dan baby tengok atas bukak kaki, saya boleh nampak gegurl seawal 14-15 minggu kehamilan. Kalau ibu slim, baby tengok bawah dan kepit kaki, saya masih boleh nampak boboy atau gegurl seawal 15 minggu kehamilan. Kalau ibu obese, dan baby tengok atas bukak kaki, saya boleh nampak boboy atau gegurl seawal 16 minggu kehamilan. Kalau ibu obese, baby tengok bawah dan kepit kaki, kadang-kadang kena tunggu sampai 20 minggu baru nampak boboy atau gegurl. Kalau ibu terlalu obese, baby tengok bawah dan kepit kaki, tunggu lepas bersalin baru tau. Kesimpulannya: 1) Betapa tebal lemak badan ibu yang hamil memberi kesan kepada penembusan ultrasound scan untuk melihat janin di dalam kandungan. 2) Kualiti mesin ultrasound scan yang digunakan juga penting. Kalau pakai mesin ultrasound scan yang dah 20 tahun, memang nampak gelap dan berbintik-bintik saja kat dalam tu. 3) Kemahiran dan kepakaran pengguna ultrasound scan sangat penting. Kena pandai mencari sudut yang terbaik, mengubah setting mesin supaya mendapat penembusan yang optimum. Kesilapan yang paling kerap sekali ialah pengguna membuat andaian tali pusat yang duduk kat celah kangkang baby tu boboy, padahal dia gegurl. 4) Kedudukan rahim yang anterior di atas, pundi kencing ibu yang kosong, dan posisi janin juga membantu melihat bahagian gender dengan lebih awal dan lebih mudah. 5) Kesabaran pengguna mesin ultrasound scan. Kalau baby tu dok tengok bawah dan kepit kaki, tunggu lah dia pusing, atau rajin-rajin pusingkan ultrasound probe ke bawah untuk mengintai baby. Tapi jaga jangan sampai kita sendiri sakit tangan dok pusing-pusing tangan kita. Sekian. Terimakasih.
Ni mungkin dapat membantu https://my.theasianparent.com/tepatkah-imbasan-ultrasound-dalam-menentukan-jantina-bayi/?_we_linker=1*1wbwloq*we_luid*cDl0T0lVWkhaZS1rbms4YU5weldhOGF3cHlobVExTzgzdmljakZqUi10ZXFubC1HMEZTaFlqc1QtNkFhVVBqSQ..
20w ke atas insyaAllah lebih jelas😊