Bayi mula makan
Bayi saya baru genap 5 bulan. Bulan lepas awal dia masuk 4 bulan saya cuba bagi susu formula tapi dia muntah2 sampai cengkung muka. Saya terus pergi klinik berdekatan iatu klinik swasta. Dr suruh saya mula bagi bayi makan apabila usia 5 bulan ke atas kerana katanya bayi lelaki memang selalu makan awal. Hal ini disebabkan kebimbangan saya tentang susu badan saya yang mula berkurang dan juga tentang bayi saya yang tolak susu formula. Macam2 susu dah cuba bagi tapi dia tolak. Kadang muntah kadang sembelit. Soalan saya, patut ke saya ikut arahan dr untuk beri bayi saya makan di usia 5 bulan ni? Awal timbang untuk 4 bulan haritu berat hampir ke garisan kuning..#ingintahu #SeriusTanya #bantusharing #Sharing_dong_Bund