Counting days 👶🏻

Badan, Pinggang, Bahagian Pelvis semua dah sakit2. Haritu pergi hospital sebab rasa segugut. Doc cakap contraction ada. tapi tak kuat. Bukaan pun takde lagi. Hari2 dok pujuk baby mintak keluar cepat. Baby aktif sangat. Kaki pun dah bengkak. Rasa dah tak larat sangat dok bawak perut. Tido pun dah tak lena. Dgn pedih ulu hatinya. Siapa due sama ngan saya 24 Ogos 2022? Dah bersalin ke? Jangan laa overdue. Orang kata induce ni sakit dia lagi 2x ganda. Semoga ibu2 yang hamil dipermudahkan urusan dan selamat bersalin tanpa koyak dan jahit. Aamiinn 🤲 #38w2d #Countingdays

32 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sama la due date kita saya lak active tapi tula takde tanda2 lagi nk bersalin ni anak ketiga penat jugak dgn keja n bwk perut ni hopefully cpt la baby kua sbb dh tak larat nk bwk perut ngn keja lg

sama due date.. tapi saya tak ada rsa contraction lgi.. cuma sama la mcm sis kaki bengkak, tdur tak lena.. semoga kita semua dipermudahkan untuk bersalin ..amiin

Saya 22/8 tapi tak ada turun tanda2 lg asyik false contraction ja mintak2 lar baby keluar sblom due takut serah diri n takut baby besar jenoh ibu nak teran nnt 🥴

2y ago

Sama laa dengan saya. Baby saya pun dah 2.9 masa 37w haritu. skrg taktahu laa berapa. Takut jugak ni koyak teruk. Kalau boleh taknak laa koyak n jahit 😂

edd sy 10.9.. ni pun dh x larat.. perut besar bdn kecik.. dh mula sakit tulang rusuk kiri kanan..😩.. ank bujang 5y yg rajin picit2kn tgok ibunya x larat..

2y ago

saya start 34w cmtu pun dah tak larat. ni nak dekat bersalin lagi laa. macam2 dah sakit datang. rasa mcm trimester pertama je. Semoga dipermudahkan urusan bersalin awak 😊

Saya hadap bnda yg sma..blkg xpyh ckp...nk bngun tu,mmg kna slow2...bby aktif...mngeras smpi rsa skit sngugut. Xtahu bila bsalin ni..25/8/22 ni due saya.

2y ago

Beza sehari je dengan saya. Menghitung hari bila nak bersalin ni. Mostly org lain due date sama ngan saya dah bersalin. Semoga dipermudahkan segala urusan bersalin sis 😊

VIP Member

selamat bersalin ibu 😍❤️saya due 15 ogos tapi Sudah bersalin 28-7-22 haritu. (37w5d). Alhamdullilah semuanya selamat.

2y ago

Tahniah rezeki bersalin awal

sy due 23ogos. xde tnda darh atau air ketuban lg. yg ada contruction mlm2. cirit birit. tu je. pjuk2 bby pn dh. xtau la bby nk kuar bila. isau

2y ago

Saya pun haritu cirit birit kejap. tanya doc tu salah satu tanda nak bersalin jugak. tapi skrg dah takde dah. Just saya sakit bahagian pelvis, pinggang, tulang belakang. Selalu check panties ada darah ke tak. Tapi takde. Semoga kita selamat bersalin before due. Aamiinn YRA 🤲

saya 23/8 due. sama la sakit g hospital bru 1cm tpi lepas tu dh x buka ii. tanda ii pun xde lgi. cuma sakit ii je teruk

2y ago

ouhhh

sama lha due kita..alhmdulillah sy dah slmt mlhirkn klmarin..smga ibu2 pun dprmudahkn urusn brsalin

2y ago

Wahh. yeke. Alhamdullilah. bestnyaa dah bersalin. saya ni taktahu laa bila 😂. Selamat berpantang awak 😊

same due date dgn sy..x d pun tanda2 betul nk bersalin..sakit manja2 jer & bukaan br 1cm..risau jugak overdue😂

2y ago

pergi hospital sebab ada keluar lendir tu check laluan sekali..sy pun kerap perut mengeras & rase sakit sengugut..harap dipermudahkan urusan kita semua..risau overdue nie😂