Bentan 😩 Anak sudah usia 5 bulan.
Siapa yang pernah Bentan? Macam mana cara ubati? Pengalaman semalam yang tak akan terlupakan. Teguran buat diri ini yang lalai dan leka. Malam 7.00 lebih, masa tu tengah tunggu order di kedai makan. Tiba2, pitam rasa terhuyung hayang, rasa sejuk dari kaki hingga ke atas badan, rasa lain, mual, muntah. Lari ke klinik emergency tapi bila result keluar semua kk, Hb ok (12), tekanan darah normal, tiada jangkitan kuman, suhu normal tak demam pun. Doctor pun hairan, last2 kena bagi paracetamol n rehat. Tapi mata xboleh lelap, badan seram sejuk, kepala berat, selera makan hilang, muntah. Fikiran dah macam2 😭 anak masih kecil, badan dah sakit begini. Lastly, mak cakap, ini bentan selepas bersalin. Saya masih dalam fasa pemulihan, doakan saya segera pulih seperti sediakala. #pleasehelp #seriusnanya
Read more