Luak susu.

Baby saya umur 3 bulan . Mix feeding (breast feed + formula) anak saya minum S26 Gold. Nak tanya kenapa ye dia selalu luak lepas minum susu ? Adakah susu tak sesuai atau perut kembung? Atau apa2 ? Kalau dia luak susu kadang mesti projectile dan terlalu banyak . Lepas minum susu , dalam 10 minit gitu mesti akan luak . Kadang luak berlebihan menyebabkan dia lapar balik . Kenapa ye ? Ada sesiapa tau ? Cara saya bagi susu pon tinggikan kepala selalu . Tapi kalau dia tidur malam tak ada luak pulak . Tolong jawab bagi sesiapa yang ada pengalaman macam saya ni . Terima kasih . #betulbetultanya #mohonbantujawabbunda

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cubg google Ger pada baby. Dan Cuba minum susu Frisolac AR. Baby saya masa newborn hingga 2 bulan akan muntah susu Dan ganggu growth chart,berat&tinggi naik sikit. Saya bawa pergi klinik kesihatan,lepas x-ray ada nampak angin pada usus (which is Ger) kena warded,dapat ubat Omeprazole dose baby. Lepastu okay terus stop ubat. Sekarang dah 6 bulan,Masih follow up doctor untuk pantau keadaan baby bila dah terima makanan nanti. (belum bagi makan lagi,jadi tak tahu dia muntah makanan atau tak)

Baca lagi
1mo ago

masa newborn, susu bf&formula.. sama je dua2 akan muntah susu 🙃sekarang 6 bulan susu formula dupro,still ada keluar susu tapi jeluak bukan projectile

Anak saya fully BF. Ada masalah jeluak dari NB sampai 6 bulan sebab digestive system baby belum matang lagi. Ni apa yang paed cakap after consultation. So paed adviced to monitor and burp kan baby after feeding. Paling teruk sampai keluar ikut hidung beberapa kali. So for you mommy, get a consultation with doctor ya.

Baca lagi

Baby saya pon sama. Skrg 4 bulan. Dia mnum s26. 4 oz. Tiap 1 jam. Kdg2 jd mcm tu sbb dia sebenarnya dah kenyang.. Tp merengek carik susu so kita bg. Sebenarnya kdg2 dia nak isap je.. Nak something dlm mulut dia utk dia rasa tenang n selamat. Tu yg DR ckp masa check up 3 bulan.. Skrg dah ok..

Anak saya 6months dari 3 hari lahir minum lactogen sampai sekarang tak pernah muntah. Fully FM. Saya memang tak breasfed (ikut kepada mummy semua mana yang anda pilih) Mungkin puan kena tukar susu atau minta nasihat doctor lebih bagus. Takut baby tak sesuai dgn susu.

klu boleh pastikn baby sentiasa sendawa slepas susu...kdang2 kembung perut tu...sbb angin x kluar...buka youtube tgok cara urutan baby untuk buang angin...cara urutan I L U (i love u) tp jgn buat selepas hbis susu plk...nnti tgok ja step...

slalu muntah jeluak lpas fm ke bfeed sis?lpas tegakkan anak smbil usap2 belakg sndwakan die.bia dlm 10minit bg susu trun btol2..baru ltak mengiring.mcam anak sy die akn jeluak bila lpas minum susu suke ngeliat..kena pntau slalu.

kadang² baby overfeed pun boleh jadi macam tu.. monitor keadaan anak,kalau makin kerap dapatkan nasihat doktor.

bg brp oz?

1mo ago

cuba kurangkan oz