14 Balas
baby newborn mmg banyak tidur lagi2 kalau yg kuning tu. mmg kena kejut selalu minum. saiz perut newborn kecik je sis, jadi susu yg sikit tu sebenarnya cukup utk baby. Baby saya dulu tak reti latch. jadi saya mmg kena marmet dan guna milk collector yg ada suction tu utk keluarkan susu. pastu bgi baby minum guna syringe atau cup kecik utk elakkan baby nipple confuse. sya guna syringe. dlm pada masa yg sama saya paksa jugak baby minum direct nk bgi dia reti latch. dlm seminggu lebih jugak laa baru dia pandai. masa dia tak pandai latch tu mmg susu keluar mcm sikit sbb saluran susu tu masih tersumbat tak terbuka betul2 lagi. bila baby dah isap, saluran susu tu terbuka, saya tengah tidur pun boleb basah baju sbb susu duk keluar. sis dah keluar hospital ye? sya dulu duduk hospital sampai baby hari ke 4. dekat hosp mmg nurse ambik baby saya bgi minum susu formula sbbkan kes baby tak reti latch tu la. bila tukar wad baby sbb baby kuning, mmg doktor ada sediakan susu formula dlm milk warmer utk ibu2 yg nak topup susu kalau masih tak boleh bf. saya ada je bgi baby fm masa kat hosp. bila dah balik rumah, ada beli fm sebagai backup, tapi guna dlm 2/3 kali gitu je sementara duk ajar baby latch dgn susu saya kurang lgi.
Baby nb memang suka tido.. anak sy dulu pun dah try macam2 nak bangunkan sampai kena bogelkan bukak baju semua supaya dia sejuk, kononnya kalau sejuk dia akan terbangun. Tapi anak sy tidoooo je.. Last2 ktorg bagi susu pakai sudu, tuang sikit2 dlm mulut dia barulah banyak berak & kencing lepas tu. Kalau asyik tido, kuning pun cepat naik.. It’s okay sis, boleh je perah susu kat botol kecil dulu pastu suap baby pakai sudu teh atau sudu kecik. Just pastikan dia tak tersedak je. Kalau takde susu, boleh je pakai susu formula. Formula is golden milk too.. kalau baby dah bangun & cuba hisap sendiri baru try lagi breastfeeding
Haa ngam dah tu ada milk collector. Harap anak sis rajin2 bangun dah lepas ni utk menyusu 🤭
OK je bagi susu formula. Kita nak baby berak dgn OK. 1st, puan jangan stress, be a happy mom. Kerap buat skin to skin bonding dgn anak. Buka bra, letak anak kat dada. Bagi dia hidu breast, nanti dia lapar, dia sendiri mulut ta cari susu. Pastikan lekapan mulut anak di aerola. Pergi KK Rakan Bayi, minta nurse penyusuan susu ibu ajar cara munyusu dgn betul. Cara pegang baby, posisi yg betul dll. Bawa anak jln2 kena cahaya matahari pagi utk dapatkan Vitamin D. Puan slow walk.
baby kuning memg akn tido. kena paksakan bangun. pastu, time nk menyusu tu pastikan kepala dgn bdn baby selari dan betul2 menghadap bdn ibu. rapatkan kepala dgn bdn baby ke arah ibu. jgn biar kepala je menghadap ibu. baby akan rasa tak selesa untuk menyusu lama2. nk selesa ampu lengan kita dgn bantal. nnti sis mintak guide yg betul dgn team sokongan penyusuan dkt kk terdekat. sy dlu ank 1st gitu la. smpai turun berat ank 400gm. smoga dipermudahkan urusan sis.. aamiin.. ❤☺
Better sis pergi klinik semula jumpa nurse, minta ajar depan2. Kdg tgk video x sama dgn d ajar hands on, tu mungkin teknik x brapa tepat lg. Nak bgi byk berak mmg kna bgi byk mnyusu. So settle kn dlu part lekapan baby d aerola. Normal awal2 baby byk tdur sbb bila ada kuning tu mmg buat mngantuk, nak xnak mmg kna paksa je bngun bgi aktif & mnyusu. Lg 1, sis xleh stress klu nk breastfeed. Klu stress lg x kluar susu. Mnum byk2 air sehari & mnum susu stiap hari
Ehh jangan pakai sudu wakkkk. Pakai syringe. Guna teknik finger feeding. Boleh search cara dia 😊
Nipple crack boleh beli krim di farmasi,ada byk jenis..utk baby yg kurang susu,puan kena kejut baby utk minum...kalau nipple xmasuk betul,mmg perit sgt.sbb tu melecet...puan kena buka mulut baby & tolak kawasan areola dlm mulut baby,,baru baby dpt hisap susu..sblm menyusu,urut2 dulu breast
Baby xcukup susu tu kalau berak hijau.. Xdpt susu pekat.. Suka tdo mgkn sbb kuning.. Sis tarik sikit dagu baby kebawah masa nak sua breast tu.. If xberjaya cepat2 pergi kk kata nak jumpa nurse penyusuan..
Poop chart
Sy nasihatkan awk jumpa counselor menyusu ya sis. Pegang dada awk bentuk C so dia akan masukkan sekali areola awak. Lama2 dia boleh menyusu. Pastikan posisi betul dan selesa utk awk dan baby. Jgn membongkok sbb nanti penat lah awk.
Okay noted awak. Ada plan gitu. Esok nak jumpa nurse dkt NICU utk blaja
sama dgn saya hary tu . tpksa pam susu p btol . tp lama² susu sya tak kluar dha tpksa bgi susu formula msa baby 22hary . terasa tak bjaya jdi mak jgkla sbb abg ny 8bulan bru ptus bf . yg adek plak terlalu awl huhuhu
Nurse baru visit tadi. Katanya baby ada kuning so esok kena pergi kk 🥺 dia suggest bagi susu formula jugak. Kita kalau boleh xnak bg FM or guna botol dulu 🥲 takut camtula jd nipple confused
Baby awak kuning ke? Baby kuning selalunya banyak tidur. Cuba awak marmet lepastu bg baby susu pakai syringe. Nak taknak kena bg juga susu dkt baby. Takut berat dia makin drop nanti.
Saya dh try marmet n paksa susu guna sudu. Tp gitulah usaha x berapa berjaya. Masa prgi checkup dkt KK td baru taik dia tukar kuning lps amek darah 🥹 now anak saya dh masuk nicu tadi. Kuning 16.3 🥹 berat pun drop dah huhu
Anonymous