Baby on Sleep Regression

Baby saya baru 4 bulan. Saya perasan jadual tidur dia mula berubah. Selalu bila waktu siang, dia akan tidur 1-2jam per session. Sekarang, dia akan tidur lebih kurang 20-30 minit per session atau tak tidur. Untuk waktu malam, dia start berjaga antara dlm pukul 1 am - 3 am untuk bermain. Normal ke? Ada cara nak solve untuk dia balik ke jadual tidur yang asal?#pleasehelp #firstmom #bantusharing #firstbaby

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pada siapa2 yang mengalami sleep regression boleh try cara ni. Ada kakak2 kt bawah yg komen dan saya cuba apply pada anak saya, Alhamdulillah hari ke 13 berakhir sleep regression ni. 1 . Kenali berapa nap siang anak. Kalau baby 4 bulan biasa 3 nap. 2. Tak kira baby tidur pkul brp malam td kalau pukul 3 pagi pun, sila kejut pukul 9 pagi. Kemudian mandikan baby, susu kan baby kenyang2 pasti dia mengantuk lagi dan akan nap utk yg pertama. 3. Waktu max berjaga antara nap ialah 2.5 jam ke 3 jam. Tapi lama sgt ni baby saya 2 jam dah mula gosok2 mata. 4. waktu nap akan jadi lebih kurg macam ni Nap 1 ( 11 pagi - 1230 tghari) Nap 2 ( 230 petang - 330 prtang) Nap 3 ( 530 petang - 630 petang) 5. Selepas nap yang ketiga , jangan bagi baby tidur sampai waktu malam tiba, kalau baby dah ngantuk pkul 10 , terus tidurkan dia. InsyaAllah boleh 6. Selepas nap ke 3 boleh mandikan anak dan tukarkan pakaian tidur. Sapu losyen, urut2 sikit badan dia kemudian susu kan kenyang2 dan tunggu cue mengantuk anak. 7. Kalau malam tu dah start tido awal, esok boleh kejut lebih awal pkul 7pg supaya nnt waktu malam pkul 8 dia dah boleh tidur malam sampai pagi Saya dah cuba dan menjadi. Tapi time tu tak fix , sis yg tahu waktu anak sis macam mana. Adjust slow2 SELAMAT MENCUBA !

Baca lagi