Baby on Sleep Regression

Baby saya baru 4 bulan. Saya perasan jadual tidur dia mula berubah. Selalu bila waktu siang, dia akan tidur 1-2jam per session. Sekarang, dia akan tidur lebih kurang 20-30 minit per session atau tak tidur. Untuk waktu malam, dia start berjaga antara dlm pukul 1 am - 3 am untuk bermain. Normal ke? Ada cara nak solve untuk dia balik ke jadual tidur yang asal?#pleasehelp #firstmom #bantusharing #firstbaby

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama la kita sis 🥲 masuk 4 bulan tiba² waktu malam tidur sejam² je. Mujur baby hanya bangun cari susu je. Kekadang tu minum sikit je dah tidur semula, cuma sy je la 'ting tong' sebab kena jaga setiap sejam. Apa yg sy baca, kalu baby sleep regression, kita as a mom jangan tukar jadual tidur dia. Malam kena tidur. So sy keep on night routine walaupun tidur sejam² je. huhu..bertabah la. Jadual tidur waktu siang masih sama 1-2 jam. Dah cukup tidur, sy akan main dengan dia, buat macam² aktiviti. Elok baby sy dah pandai meniarap sendiri. Eh, jadual tidur back to normal. Syukur sangat. Sy ada baca, bila baby dah pandai meniarap sendiri, dia akan tidur lagi lena sebab dia dah pandai cari posisi tidur yg dia selesa. Mungkin baby sis dalam proses nak meniarap.. #firstmom #firstbaby

Baca lagi
2y ago

Baby overtired pun tak boleh sis, baby akan lagi susah tidur. Cukup la berjaga 1-2jam shj. Mungkin baby sis susah tidur sebab perut tak selesa, ada banyak angin (kentut). Kekadang bila baby kurang kentut, tengah tidur baby boleh terjaga sebab perut tak selesa.