Baby kembung perut

Baby 50 hari kembung perut. Dah mcm2 buat tapi still kembung dan dia selalu merengek, mengamuk terutama waktu petang dan malam. Dah senaman kayuuan, tolak kaki ke perut, urut perut, sendawakan selepas minum susu, tuam perut, mandi air suam, tp cuma sementara je. Nnti dia menangis balik. Helppp#bantusharing #firstbaby #firstmom #pleasehelp

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Maybe baby sedang mengalami colic (yes angin juga), tapi ibu kena guna bottle susu anti-colic. Biasanya baby yg mengalami colic akan start bila umur baby 2 minggu sampai 12 minggu, then colic tu akan hilang sendiri. Ibu kena banyak bersabar ya, lepas mandikan baby, urut badan baby dgn minyak telon (perut, kaki, belakang, tangan, sikit je minyak - setitik atas kepala dekat dahi). Selepas baby minum susu and sendawa, jangan baringkan baby immediately. Dukung dulu baby utk 5 10 minit. Kalau ibu ada install white noise app kat handphone, boleh mainkan waktu mlm utk baby, ia menenangkan and senang tidur. Just bersabar dulu, baby will be fine and nanti bila baby next appointment dgn KK boleh dptkan nasihat juga drpd doctor. Jangan risau.

Baca lagi