30 Balas
First time dapat obimin, nurse bagitau (2jam sebelum @ selepas makan). Tapi macam susah nak hadap sebab dalam masa 2 jam sama ada sebelum @ selepas tu, nak juga makan macam² (berat @ ringan). Kali kedua dapat, tanya lagi sekali, kena betul² 2 jam sebelum @ selepas ke? Nurse cakap, "at least sejam sebelum pun boleh. Jangan ambil dengan kopi. Minum dengan jus oren segar / limau / lemon (TANPA GULA) bantu penyerapan juga katanya. ✌️
Sebelum ni saya pun tak tahu cara makan obimin ni sis. tempoh hari hb saya kurang, saya pun amalkannya. Tapi bila dah okay, biasalah kadang-kadang ngelat ambil.. huhu sampai ke angka 11 sis. Dalam hati dah risau takut kena pen merah.. Mulai hari tu saya telan tiap-tiap hari sebelum makan makanan berat, dan taknak dah hb kembali naik
Cara makan obimin dengan betul adalah elakkan minuman berkafein sis. Ramai sebenarnya tak tahu pasal pantang larang ni. Tak kisah la you nak telan on what time, tapi elakkan dari ambil makanan berat dalam tempoh 3 jam tu. Kalau nak kunyah snek pun boleh je tapi ambil sikit. kadang baby dalam perut menendang bila lapar kn huhu
Cara makan obimin untuk ibu hamil ialah Dalam tempoh 3 jam selepas ambil, dilarang minum milo, susu, teh, kopi. Hanya boleh minum air masak atau minuman berjus. Kalau tak makan dengan cara yang betul, sia-sia sahaja kita telan sebab dia akan matikan zat dalam obimin tu dan baby pun tak dapat apa-apa nutrien.
Tempoh hari saya ada tanya cara makan obimin dengan betul. Dia cakap tak kisah sebelum atau selepas makan, tapi make sure tempoh 3 jam . Maknanya kalau sis nak ambil, ambil lah 3 jam sebelum makan atau selepas waktu makan. Pastu saya sendiri pun tak da ambil makanan berat untuk elakkan nutrisi dia hilang
Sorry lah sis. Saya tak pernah pula tahu cara makan obimin ni. Sebab sepanjang kehamilan pun, saya just makan asid folik, ambil buah-buahan serta sayuran. Bagi saya yang tu pun dah lengkap untuk kekalkan nilai hB, yang penting makan biar berpada-pada. Elak makan untuk dua orang n tak ingat dunia, hehe
Cara makan ubat obimin ni tidak kisahlah siang ataupun malam. Tapi saya cadangkan untuk telan dia menggunakan air oren atau air yang masam-masam. Sementara tu kalau rasa nak makan biskut ke, boleh tapi cukuplah sekeping dua je sebab nak elakkan makanan berat masuk dalam tempoh 3 jam tu
Cara makan obimin yang betul: 1. Makan obimin 2-3 jam selepas makan atau 30 minit bfore makan 2. Seeloknya makan ubat obimin masa perut kosong 3. Boleh ambil bila bila, pagi ke petang ke ikut la Ni cara makan obimin yang betul yang saya tahu lah sebab ada baca dekat article dulu
Setahu saya lah, cara makan obimin yang betul adalah perlu diambil 3 jam sebelum makan. Saya pun amalkan yang ni sebab taknak khasiat tak sampai sepenuhnya untuk diri dan baby dalam kandungan. Tapi saya pantang ambil kafein atau milo sis. Takut hilang semua nutrisi-nutrisi baik dia
Before ni pun saya tak pasti cara makan obimin yang betul macam mana. Saya pun still newbie.. then baca dekat FB prang cakap makan 2-3 jam lepas makan or waktu perut kosong. Waktu makan pulak tak kisah bila nak makan. Pagi boleh malam pun boleh. Saya makan before tidur.