belum pandai bercakap
hi assalamualaikum, saya mempunyai seorang anak lelaki, 1 tahun 6 bulan, masih belum boleh mengeluarkan apa apa perkataan bermakna macam papa, mama, nak, dah. saya dan suami sering bersembang menggunakan perkataan yang mudah difahami dan diikuti oleh anak anak tapi nampaknya masih tiada hasil. sekarang, anak diasuh oleh ibu bapa saya. bukan tidak mahu hantar ke taska, tapi kami suami isteri bekerja di sektor perbankan dan sering balik lambat. ada sesiapa yang ada kerisauan seperti saya ke? apa solusi terbaik ya? #SeriusTanya #bantujawab #bantusharing