jarak dekat

Assalamualaikum, suami rancang nak suruh saya pregnant jarak dekat untuk masa sekarang dia tak bagi lagi saya ambik perancang jd anak pertama saya baru 4 bulan dia cakap dalam 6/7 bulan suruh saya pregnant lagi..lepas dapat anak no 2 baru dia cakap suruh saya rancang 10tahun. ada tak pendapat ibu ii untuk saya? okay ke saya ikut rancangan suami saya? sebab dia kata kalau anak dah masuk 2 dan saya rancang 10tahun nanti dia bagi laa saya kerja sekarang umur saya baru (22Tahun) #ingintahu #bantusharing

33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

sebelum sis buat keputusan, tengok dulu beberapa perkara ni dekat suami sis & sis pon kena tanya diri sendiri juga sis dah ready ke? sbb ibu2 lain boleh advice sis shj. yg buat keputusan tu sis. 1. suami sis skrg ni mcmana rajin ke tolong jaga bby? cth, bagi mandi bby. time bby nangis, dia amik alih tenangkan. time bby nak tido, dia ada tlg dodoikan. bby berak, dia tlg tukarkan pampers. tgh malam husband bangun tak utk tlg gilir2 jaga bby? ada ke suami tlg sis kemas rumah sesama? bila minta tlg suami jaga bby lepas balik kerja, cepat2 ambil alih ke buat xtahu saje? 2. sis rasa buat masa skrg cukup x kelengkapan bby & sis, husband sediakan? cth, tempat tinggal, makan pakai, keperluan bulanan sis, nafkah, keperluan utk susukan bby cth breastpump etc. bby pula klo sis campur breastfeed bby mcm susu formula, pampers. so far semua cukup? 3. bby da umur 4 bulan, sis rasa skrg mental & fizikal sis ok ke? sis fully breastfeed bby ke x? bukan apa sbb nnt ank tu makin besar, makin melasak, perlukan lebih perhatian & fully breastfeed bby bukan tak penat. bila pregnant jarak dekat, akan ada org lain bantu sis jaga ank sulung tak bila sis lahirkan bby baru nnt atau semasa sis mengandung? mcm mak/mil ada tlg or husband sediakan maid/bbysitter or hantar pengasuh? sbb apa nnt sis nak layan ank sis lagi, dgn alahan mengandung teruk ke tak teruk xtahu lagi. klo ank plk lambat nak wean off susu badan. nak pergi checkup lagi. 6/7 bulan lagi tu ank sis umur around 1 tahun lebih. dah boleh jalan. mmg fasa nak explore mcm2. risau penat je sis nnt klo semua sis handle sorang2. soalan2 ni sis kena tanya diri sis tau & bincang elok2 dengan husband. bukannya kita nak tahu or busybody ya. sbb kita pon tak tahu situasi sis mcmana. katekanla sis proceed pregnant jarak dekat, yg kita nak adalah sis sihat mental & fizikal. yg kita nak sis ada bantuan backup waktu jaga bby tak terhad kepada husband sis je. keperluan lain semua cukup atau husband akan usaha cukupkan untuk sis & ank2 sis nnt. 10 tahun rancang ni bukan sis je tau rancang. kena sama2 rancang dengan husband. guna pil perancang ke condom ke iucd etc hanya kurangkan keberangkalian untuk mengandung shj. ada ibu yg pakai perancang atau husband guna condom/pancut luar pon masih ada ya yg mengandung. kena tahu tu. lain la klo 10 tahun tu tak bersama langsung dgn suami tu mmg confirm xada terbabas mengandung. 🤭 sy hanya boleh doakan sis semoga yg baik2 shj utk keluarga sis.

Baca lagi