Minum air gula
Assalamualaikum semua..sape pengalaman kena minum air gula awal..saya pergi checkup berat dah naik mendadak..baru 18week..ni minggu depan 19week doktor suruh datang pulak minum air gula..risau pun ada bila dah kena minum air gula..so mummy semua cara apa ye xnak bagi sangkut bacaan tu nanti #firstbaby
Hi. Saya slightly overweight (160cm, 77kg), and umur dah 36. Pregnant anak first melalui IVF. Memang tak pernah pregnant sebelum ni. Saya bukan buku di kk masa kandungan 9 weeks. Terus dapat appointment untuk minum air gula pada 13 weeks. Saya beli air gula dari clinic luar je, bawak ke kk. Alhamdulillah sekarang dah 17 weeks, and so far belum ada call dari kk. Rasanya takde sangkut GDM. Tips saya takde, sebab saya pun memang takde knowledge sangat pasal benda ni. Saya makan pun macam biasa hari sebelum minum air gula tu. Siap makan ice cream lagi haha. Kalau nak beli air gula dari luar, boleh cari dekat clinic ibu dan anak ataupun pharmacy. Sedap airnya. Rasa tak cukup sebotol. Hehe. Saya beli di Klinik Dr. Alyna Wangsa Maju. Harga sebotol RM15 je. Semua flavours ada. Better call kk tempat awak tu tanya dulu, sama ada boleh atau tidak, nak bawak air gula dari luar.
Baca lagiSy kena minum air gula masa 11week mula².. Sangkut 8.0..bila nurse tanya mkn apa mlm sblm tu.. Sy jawab mkn nasi pkl9stgh cmtu sbb pkl10 dh nk start puasa.. Nurse kata sbb tu sangkut.. Kalau nak mkn nasi kena mkn sblm pkl8.. Lps tu bilas dgn air kosong byk sikit.. Alhamdulillah check bsp stiap 2minggu xde problem sbb kena GDM on diet.. Skrg problem berat xnaik lgsung dr start 6minggu, skrg dh 20minggu..berat asyik turun je..
Baca lagiwaalaikumusalam haii sis, sy amalkan 2-3hari sebelum minum air gula tu adalah tak makan manis dan sy buat limau ais kosong secawan sebelum tido dan banyakkn minum air kosong. Alhamdulillah sy tak sangkut gdm. Cubalah mana tahu menjadi🥰
Waalaikumsalam. Kita sama. Sya baru 16w2h, isnin lepas baru buka buku pink. Nurse terus bagitau kena minum air gula sebab umur lebih 25 tahun and bmi pun lebih. 13hb ni kena gi klinik minum air gula. Harap2 la tak sangkut.
Promo terbesar expert care sudah dimulai, diskon hingga Rp.100.000 sedang berlangsung di shopee, ada juga voucher diskon 100% alias gratis bagi bunda yang beruntung. Buruan cek di https://shope.ee/9UfEMMqqTg (id-4503785)
kalau sangkut nanti akan diklasifikasikan sebagai GDM. Nurse akan bgtau sama ada gdm on diet atau gdm on ubat..klu gdm on diet x de apa2..cuma nanti bersalin x boleh lebih dari tarikh due..
Kurangkan makan manis. 2 minggu sebelum saya minum air gula, saya selalu makan sweet potato tu, boleh turunkan paras gula.
sy buka buku je next appointment tu terus kena mnum air gula sbb history first pregnancy ada gdm.
baru je mnm air gula hari selasa sebab berat naik 3.95 dlm sebulan esok 17weeks..hrp2 result ok lah..
sama dengan saya..berat naik 2.6kg dalam masa sebulan..terus nurse bagi appointment minum air gula
semimggu sblum nk g minum air gula mkn benda yg berkhasiat jgn byk minum n mkn manis