Darah ketika ovulasi
Assalamualaikum semua, saya nak bertanya pernah tak alami apa yang saya pernah alami dan apa jalan terbaik ? Sudi tak baca keluhan saya ? 😌 Appendix surgery : 21/10 Period started : 29/10 Period ended : 02/11 Blood discharge : 07/11 till now. Masalah blood discharge ni dari bulan 10 haritu tapi sekejap sahaja 3 hari dan pernah berjumpa doc. Doc bagi ubat stop kan pendarahan dan doc kata normal mgkin period tak keluar habis. Tapi bulan ni lama sgt blood discharge tu keluar. Dah makan ubat stop kan pendarahan masih sama. Nak berjumpa doc setiap bulan bukan cost yg murah lagi2 clinic swasta. Saya pernah buat ujian pap-smear ambil sample, buat tvs scan semuanya normal. Saya takde masalah pcos, rahim saya sihat, ujian sample semua ok. Dan semasa admitted hosp untuk operation Appendix saya ada buat further checkup dgn doc pakar gyne. Dan doc pun sendiri kata rahim saya sgt sihat. 😭 saya dah buntu dgn masalah discharge ni #ingintahu #keputihan