Baru melahirkan tapi buntu nak jaga or kasi pada orang.

Assalamualaikum semua, saya baru sahaja melahirkan tanpa tahu saya pregnant selama ni. Saya buntu, sebab saya masihlah seorang yg belum berkahwin. Saya sebersalah dekat baby tu, dan niat nak jaga eventhough pihak lelaki kata dia sepertinya tak mampu nak jaga + tambah komitmen dengan keadaan terkejut macam ni. Ada cadangan ke atau nasihat macam mana nak teruskan atau beri sahaja pada orang?#SeriusTanya

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Wassalam. Alhamdullilah mommy, anak tu sendiri pilih mommy utk bergelar ibu. Percaya lah rezeki anak mommy. Jaga anak sendiri sebagai single mom bukan mudah, kuatkan mental dan fizikal mommy demi diri sendiri dan anak. Jika jabatan kebajikan datang, beritahu mommy nak jaga anak sendiri. Nanti ada dokumen perlu mommy isi sebagai bukti mommy bersedia segala kemungkinan. Anak yg dilahirkan tidak bersalah mommy, jangan rasa sebersalah jika rasa sayang sudah hadir. Teruskan mommy. Utk lelaki itu, jika sudah berkata begitu percaya lah mommy kemungkinan dia menghilangkan diri sangat tinggi. Lelaki itu tidak bersedia segala kemungkinan bakal terjadi jika bersetubuh dengan mommy. Tanpa lelaki itu, mommy boleh jaga anak kuatkan semangat mommy. Bertaubat lah mommy, pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba-Nya. Siapa lah kami ibu-ibu di sini menghukum dosa mommy, sedangkan kami pun ada dosa yg Allah tutup sebaiknya. Masih belum terlambat mommy. Big hug ❤️

Baca lagi
12mo ago

Sama2. Saya pun single mom, kawin tapi cerai. Anak sorg, boy juga. Semoga Allah permudahkan urusan mommy ye. Selamat berpantang. 🥰