Baru melahirkan tapi buntu nak jaga or kasi pada orang.

Assalamualaikum semua, saya baru sahaja melahirkan tanpa tahu saya pregnant selama ni. Saya buntu, sebab saya masihlah seorang yg belum berkahwin. Saya sebersalah dekat baby tu, dan niat nak jaga eventhough pihak lelaki kata dia sepertinya tak mampu nak jaga + tambah komitmen dengan keadaan terkejut macam ni. Ada cadangan ke atau nasihat macam mana nak teruskan atau beri sahaja pada orang?#SeriusTanya

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Wassalam. Ada anak itu pilihan walaupun awk dah lakukan dosa besar tapi janganlah tambah lagi dosa dengan anak pula. Fikir masak2 sebelum lakukan sesuatu yg nanti awak akan menyesal lagi kedua kali . Kesian anak awak tu nanti jadi mangsa keadaan . Kalau awak betul2 nak jaga mesti Allah akan bantu awak tapi kena janji tebus dosa dan bertaubat kepada-Nya . Jaga anak awak tu dengan baik sebab once awak dah bagi dekat orang, potensi utk awak dapat balik tu susah . Kalau saya kat tempat awak, saya akan jaga walaupun saya susah dari segi duit tapi at least saya try walaupun x mampu bagi yg mewah2 sebab rezeki anak tu ada insyaAllah ☺️

Baca lagi