23 Balas
dh duk mikir tu, jaga sendiri je laa.. 'gila jiwa kacau' nanti pisah dgn anak. btw lepas ni tolong laaa jgn mudah sgt melayan laki. laki mulut manis. nanti cari suami, terus jujur awak ada anak, suruh dia jumpa ayah dulu baru awak teruskan hubungan. at least dah tertapis sikit. mcm sy dulu; couple dr sekolah, lepas habis belajar ayah tanya ada calon tk, sy bgtahu ayah nama dia, ayah kata NO, sedih gila tp tengok2 laki tu baik dgn sorang pompuan, bila ditanya katanya eh kawan je la tunang org dh pn perempuan tu, tgk2 lepas bljr dorang kawen. haha aku kena tipu. 2nd laki lepas laki td dh kawen sy move on je, sorang doktor ajak kawin, dia ok je, masa study ldr la kan, balik malaysia bbrp minggu datang jumpa ayah bwk cincin nk risik nk tunang, tp ayah tolak suruh solat istikarah betul2 dulu baru datang. 3rd laki, sy dh kerja laki tu tgh bljr tp ada kerja, sy bgtahu ayah tp ayah kata NO, tp sy tetuskan kawan je dgn laki tu, bila sy suruh jumpa ayah dia kata ok je, tp tk pernah usaha nk datang pn, last2 dia kata "tengok la kalau ada jodoh tk ke mana" bila kata gitu terus sy gerak je. 4 laki, start kawan mmg terus ckp nk cari isteri. senyap2 dia contact ayah pastu set tarikh nk dtg rumah, sy tk tahu plan dorang, laki tu ckp "hujung minggu nanti nak datang tau ayah mak ada sekali" sy ok je sbb malas nk ambil serious.. hari kejadian tu sy tunang. setahun kemudian dah kawin dgn org sama now ada anak dgn dia.
Saya mungkin lain pendapat pada org lain. Sebab sy menyaksikan sendiri jiran saya tinggal anak dia dlm rumah lps tu keluar kononnya atas sebab mencari rezeki bertahun lanya. dari budak tu 7tahun, sampai belas2 tahun. dia tinggal di rumah pusaka sendirian, dan dia pergi kerja luar negeri. family saya yg hntar mknan hari2 kat anak dia, klu sakit pegi hntar ke klinik (sbb kmi jiran). budak tu mmg terbiar, dah besar jadi liar. mlm2 merempit, siang hari lepak, vape di warung. mak dia dah blk skrg ni, tp nk tegur anak xboleh dah. menangis mengadu kt mak saya kononnya anak dia derhaka, walhal dia sendiri xpernah jga budak tu. anak dia respect mak saya n saya lg dr maknya sendiri. jaga anak tu tanggungjawab besar n mmg perlukan duit. kalau rasa xda kesabaran yg tinggi, xda kemampuan, bagi saya awak bagi je org lain jaga. sy xnak dgr kisah anak kena dera, kna tinggal lg. lg2 anak awak ni anak accident. klu betul awak nk jaga, awak cari org yg boleh bg at least moral support n jg anak awak bila awak pergi kerja tu. family awak. bukan bapak budak tu yg awal2 lg dah kata xmampu. jgn fikir2 aku mampu shj. plan kna ada. rezeki tu mmg ada, tp awak still perlukan support dr org lain juga. anak tu tanggungjawab yg berat.
Wassalam. Alhamdullilah mommy, anak tu sendiri pilih mommy utk bergelar ibu. Percaya lah rezeki anak mommy. Jaga anak sendiri sebagai single mom bukan mudah, kuatkan mental dan fizikal mommy demi diri sendiri dan anak. Jika jabatan kebajikan datang, beritahu mommy nak jaga anak sendiri. Nanti ada dokumen perlu mommy isi sebagai bukti mommy bersedia segala kemungkinan. Anak yg dilahirkan tidak bersalah mommy, jangan rasa sebersalah jika rasa sayang sudah hadir. Teruskan mommy. Utk lelaki itu, jika sudah berkata begitu percaya lah mommy kemungkinan dia menghilangkan diri sangat tinggi. Lelaki itu tidak bersedia segala kemungkinan bakal terjadi jika bersetubuh dengan mommy. Tanpa lelaki itu, mommy boleh jaga anak kuatkan semangat mommy. Bertaubat lah mommy, pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba-Nya. Siapa lah kami ibu-ibu di sini menghukum dosa mommy, sedangkan kami pun ada dosa yg Allah tutup sebaiknya. Masih belum terlambat mommy. Big hug ❤️
Sama2. Saya pun single mom, kawin tapi cerai. Anak sorg, boy juga. Semoga Allah permudahkan urusan mommy ye. Selamat berpantang. 🥰
Dr pov sy, sis kna buat kputusan yg kuat... mksdnya, sekali sis pilih kputusan tu, sis kna stay dgn kputusan tu slama²nya tnpa ada penyesalan. jika sis pilih jga baby, jga lha dgn penuh kasih syg, brusahalah bg yg terbaik utk bby n diri sis, kuatkan semangat n berusaha bhgikan masa sis Antra kerja dgn ank sis... sy ckp begini pun atas dasar pengalaman... adik sy pernah mngalami situasi seperti ini, kami laki bini offer jd kluarga angkat anaknya tp dy bertekad nak jga bby tu sendiri. mslhnya, kputusan dy tu dy xda pegang kuat².... sejak anak tu dah mulai mbesar, dy mulai mbenci, mengabaikan anaknya, dy bg semua tanggungjawab tu pd org tua kami... menyesal sy x ambil anak tu brpun secara pksa. skrg, yg sush org tua kmi n sy kasihan dgn anak tu sbb nmpk sangat dy kurang kasih sayang... sy bukan nak buka aib kluarga. sekadar bkongsi pengalaman n nasihat saja...
sya pernah bagi anak sya pada org , at the end sya ambil balik anak sya dgn bayar ganti rugi pada keluarga angkat dan urusan sgt² susah bile keluarga angkat cuba pisahkan awak dgn anak awak. Once awk da bersalin, awk da nampak anak awk , awk tak sanggup nak berpisah dgn dia. Sya hampir meroyan sbb tak jumpa anak sya. walaupon lelaki tu taknk bertanggungjawap , sya tak kisah semua tu janji anak depan mata sya. alhamdulillah, skrg sya da berkahwin dgn sebetulnya jodoh sya yg bole terima baik buruk sya dan bole terima anak sya. skrg sya tgah pregnt nak no. 3 daa. awk kena percaya rezeki anak Tau. Sya dulu ibu tunggal tapi rezeki tak pernah putus. alhamdulillah
baby saya boy sis. nanti saya ws sis ya.
Wassalam. Ada anak itu pilihan walaupun awk dah lakukan dosa besar tapi janganlah tambah lagi dosa dengan anak pula. Fikir masak2 sebelum lakukan sesuatu yg nanti awak akan menyesal lagi kedua kali . Kesian anak awak tu nanti jadi mangsa keadaan . Kalau awak betul2 nak jaga mesti Allah akan bantu awak tapi kena janji tebus dosa dan bertaubat kepada-Nya . Jaga anak awak tu dengan baik sebab once awak dah bagi dekat orang, potensi utk awak dapat balik tu susah . Kalau saya kat tempat awak, saya akan jaga walaupun saya susah dari segi duit tapi at least saya try walaupun x mampu bagi yg mewah2 sebab rezeki anak tu ada insyaAllah ☺️
Nasihat saya, kalau cik rasa mampu nak jaga.. atau family/org terdekat boleh backup.. teruskan jaga baby tu. Kalau cik decide nak jaga, bersedia mental & fizikal..sebab harga barang baby skrang mahal, kalau cik bekerja, anak nak kena hantar pengasuh (kecuali ada org terdekat boleh tengokkan). Anak waktu kecil, selalu akan tak sihat (kalau hantar pengasuh lagi kerap, sbb ramai budak kan, tp bagus untuk antibodi dia, bila anak tak sihat biasa tak boleh hantar pengasuh) Kalau berasa tidak mampu, pergi laporkan di rumah kebajikan, mereka boleh tolong jagakan (sementara / cari family angkat).
Awak try tanya.. kalau tak silap boleh, dan boleh melawat lagi anak tu.. dorg tak halang.. dlm kes ni, memerlukan support dr kebajikan..
1) klu nk bg org, make sure nant ble da senang, jgn ambil balik.. nanti kesian emosi kluarga angkat & anak.. yela masg2 da syg kn.. 2) Klu nk jaga sendiri, sis ade saving? Klu ada, bagus, bley cover pbelanjaan smentara sis bpantang.. waktu pantang nanti duduk lah rumah fmily/kenalan tdekat dlu.. Bila bdn da btol2 kuat, pegi kerja, anak bley suruh fmily atau hanta pngasuh.. Jd single mom kne plan mse dpn btol2, sbb single income & kne kuat mental & fizikal.. jge anak tnpe bntuan nie bkn snang tp insyaaAllah sis boleh.. smoga urusan sis dpermudahkn..
Jangan buat keputusan terburu-buru dlm keadaan buntu. It's not good for u. Nanti teringat2, menyesal bagai, meroyan, pulak dah, siapa yg boleh bantu? Lelaki tu boleh bantu? Perlahan2/ slow talk dgn family macamana nak uruskan anak yg baru lahir tu. Bila awak dah tenang, baru buat keputusan samada nak terus jaga atau nak kasi kepada orang sbg anak angkat yg berdaftar di Malaysia (JPN) Elakkan scammer atau terjebak hal pemerdagangan manusia.
jaga lah anak awak tu sayang. InsyaAllah. slow talk dgn fmly. rezeki tu akan datang bilamana kita redha dan bertaubat. Allah pegang pintu rezeki. Mesti ada sebab Allah takdirkan baby tu ada. untuk pihak lelaki, awak fikirkanla sebaiknya. satu yg awak perlu tahu, lelaki yg baik akan datang tepat pada waktunya. Jangan risau ya. Allah akan bantu awak. semoga awak terus kuat menjadi seorang ibu. 💕
Nuur I M H