01/09/2022 Bukaan 2CM tapi doc suruh balik rumah.

Hi assalamualaikum semua mommies. Nak share pengalaman ini (masih lagi belum bersalin) . Pada 01/09/2022 saya mengalami sakit perut dan mula cirit birit yg secara tiba-tiba. Dalam pukul 3 ptg saya ambil keputusan untuk mengajak suami ke hospital kerana kuathir mungkinkah saya ingin melahirkan… Kontraksi mula terasa sejak pukul 11 pagi dan berlarutan hingga dlm perjalanan ke hosp (HSB) . Tiba di hospital saya terus ke bahagian wad bersalin. Ibu dan bapa di wajibkan membuat swab rtk sebelum masuk ke dalam untuk pemeriksaan. Untuk suami di perlukan untuk menemani isteri jika isteri ingin bersalin. Masa menunggu di dalam mmg agak lama, untuk saya doc mengambil masa dlm 3 jam untuk jumpa saya sebelum buat CTG (Cardiotocography (CTG) is a technique used to monitor the fetal heartbeat and the uterine contractions during pregnancy and labour. The machine used to perform the monitoring is called a cardiotocograph. Cardiotocography. A cardiotocograph recording fetal heart rate and uterine contractions.) untuk melihat kadar kontraksi yg saya alami. Sebelum itu saya di ‘interview’ kerana ini kali pertama saya dtg ke bhgian wad bersalin itu.. Selepas buat CTG , menunggu untuk kali kedua pula untuk scan baby dalam perut.. dan kira2 1jam setengah di panggil untuk scan baby dan cek bukaan rahim. Doc beritahu yang bukaan sy sudah 2cm tp dlm CTG tiada kontraksi di kesan di dlm graph CTG dan menasihatkn saya boleh pulang dan dtg semula jika ade kontraksi kuat dalam masa terdekat dan kontraksi mesti dalam 10-15 min skali. Kalau kontraksi dlm 1 jam ke 2 jam sekali tidak di nasihatkan untuk kembali 😅 Untuk pengetahuan mommies smua mmg ada pendarahan di luar pintu rahim tp tiada kontraksi berlaku . Mengikut pengalaman kakak saya, dia pernah mengalami situasi yg sama di mana doktor suruh pulang kerana bukaan masih kecil dan mengambil masa dalam seminggu untuk betul2 bersalin(anak yg pertama) . Untuk saya ini adalah ank kedua saya tetapi pengalaman pertama saya untuk melahirkan secara normal kerana anak pertama melalui caesarean. 😅 Oleh itu saya agak bingung dan ‘kurang tahu’ sakit nak bersalin kontraksi ni sebenarnya mcm mana. Di rumah saya masih boleh melakukan kerja kerja rumah seperti memasak dan mengemas. Dan juga saya mengambil kesempatan untuk menggunakan gym ball untuk mengalakkan pintu rahim untuk ‘dilate’ @ terbuka lebih cepat. Walaupun masih ada 12 hari sebelum due date, saya Mohon ibu ibu doakan semoga proses kelahiran normal yg pertama saya berjalan dengan lancar! 😊 Amin amin!

01/09/2022 Bukaan 2CM tapi doc suruh balik rumah.
19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kita sama sis.ank 1 st czer.jd bila ank kedua nie doktor kata boleh lahir normal.kita mcm kurang tau rasa contraction tu.sy sendiri sering rasa false contraction.cuma xkerap.dan dia dtg xkira masa..mmg keliru