Bayi 4 bulan
Assalamualaikum semua. Anak saya baru 4bulan lebih, boleh ke kalau bagi makan? Kalau boleh makan, makanan apa yang sesuai? Minta pandangan dari semua yaa. Terima kasih☺️ #firsttimemom #bantusharing

Saya agak pelik kenapa ibu-ibu disini ramai yang tanya boleh ke bagi baby 6 bulan kebawah makan? Kan ibu-ibu semua dah tahu baby hanya boleh makan usia 6 bulan keatas ikut tarikh lahir baby. Dia nangis macam lapar ke.. dia tengok kita makan dia pun ikut kunyah2 nak makan ke... itu normal je bagi bayi. Dorang tak thu pun apa². Makanan yang boleh untuk bayi 6 bulan kebawah hanya susu IBU dan susu Formula shj. UNLESS Dr pediatric syorkan aanak awak makan seawal umur 5 bulan itupun kerana masalah kesihatan. Selain daripada tu tolong lah jangan suap baby apa² makanan sebelum umur 6 bulan kebawah. Awak sebagai ibu kena tahu, usus anak awak, sistem penghadaman dia belum matang untuk cerna apa2 makanan lagi hatta air kosong sekalipun. Kalau awak cuba² bagi bayi awak makan, kemudian hari kalau baby awak sakit dsbgainya akibat sistem penghadaman/pencernaan bayi bermasalah baru kita nak menyesal. Tolong lah jadi ibu yang alert dan jangan sesuka hati suap2 baby sbb fikirkan dia lapar. Awak tahu tak the worst scenario kalau bagi baby makam sebelum 6 bulan boleh menyebabkan KEMATIAN. Baby kalau suap apa pun dia mmg akan nganga je sbb dia baby dia mana tahu pape. Saya nampak ramai sgt ibu ibu tanya soalan begini sampai saya rasa pelik sangat tak kan lah tak tahu bayi tak boleh makan apa² selagi belum umur 6 bulan.
Baca lagi


Household goddess of 1 handsome magician