2 Balas

Ceritanya macam ni .... Semua baby pun main ayaq lioq laaaa. Ini kan normal. Mana ada baby yang tak keluaq ayaq lioq dan tak meleleh ayaq lioq, terutama sekali bila gigi nak tumbuh. Semua ibu pun selepas bersalin akan ada rambut gugur. Ini pun normal. Mana ada ibu yang selepas bersalin tak dak rambut gugoq. Mai nak habaq. Semua rambut ada kitaran, tumbuh, gugur, tumbuh semula, gugur semula, tumbuh semula. Hormon kehamilan ni memberi stimulasi rambut tumbuh. Dan ramai ibu hamil perasan rambut tumbuh lebih lebat sedikit semasa hamil. Selepas bersalin, tiada lagi hormon kehamilan, maka ramai ibu perasan rambut gugur. Stress selepas bersalin juga boleh menjadi penyebab rambut gugur. Lagi satu penyebab ialah postpartum thyroiditis dimana ada ibu-ibu mendapat masalah kekurangan hormon thyroid yang sementara dan kebanyakan akan pulih dengan sendiri. Bila ada kekurangan hormon thyroid pun rambut boleh gugur. Tetapi bila hormon thyroid pulih, rambut pun tumbuh semula. Baby main ayaq lioq bukan penyebab rambut gugur. Janganlah memberi lebih stress kepada ibu-ibu kita dengan cerita yang bukan-bukan. Baby nak main ayaq lioq, biaq pi laaaa kat diaaaaa, tak dak masalah pun ayaq lioq dia meleleh. Pasai tu laaaaa di seluruh dunia, kat dalam hadiah untuk baby yang baru lahir....ADA BIB. Tak payah bimbang eh, rambut tu akan tumbuh balik. Releks naa mummies. You will be just fine. All mummies are beautiful 💕 Dr Imelda Balchin, Pakar Obstetrics & Gynaecology

most wc awak,😁. sy byk dpt info dr doctor imelda ni. sy ada juga follow mcm dr samhan. dr izzat. dr irma. atleast kita dpt info dr cbg yg betul❤️

Sebenarnya tiada kaitan pun anak main air liur dengan rambut gugur. Awak kena sedia maklum selepas bersalin hormon kita mengambil masa untuk kembali normal. Rambut gugur salah satu postpartum effect. Tips yang postpartum mum akan buat ialah potong rambut pendek dan cari shampoo yang bersesuaian.

@Ros Linda, ya betul tu. Takpe, sama sama belajar 😊

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan