Kenapa baby taknak makan

Assalamualaikum, saya nak tanya kenapa ye baby saya dah 7 bulan masih taknak makan apa yg dimasak. kalau saya bagi puree buah dia makan, bila masakan nasi(bubur) dia langsung tknk, dia buat muntah2 😅. bila bg finger food dia gigit banyak sgt saya cpt panik kalau dia terkecik huhu #seriusnanya saya bg dia nestum yg dibancuh dia nak. tp smpai bila tak ubah testur makanan dia hmm 😔

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

buah manis. nestum pon manis. mmg baby suka. sebab tu dia reject bubur. cuba share menu bubur baby yg awak masak? dah cuba masakan bertumis dkt baby. dlm bubur baby boleh tmbh perasa yg dibuat sndiri mcm mirepoix, tomato paste, cfs, beef stock, vege stock. boleh tambah susu full cream. boleh tambah santan. untuk snacking time. tak semestinya buah je. boleh buat puding, cheeskut, bubur sumsum, baked potato, sherped pie, kuih, etc breakfast boleh bagi waffle, pancake, overnight oat, bihun goreng, nasi goreng, baked sweet potato, scramble eat. cuba awak pelbagai kan makanan baby. lagi satu bila awak start bagi finger food awak kena belajar beza baby gaging dgn tercekik. kalau baby gaging adalah normal. tak perlu risau. lagipon gusi baby kuat utk baby mengunyah. awak yg kena berani intro mknn dkt baby. kalau awak sendiri tak berani mmg xboleh nk buat apa.

Baca lagi
6mo ago

terima kasih atas menu2 yg diberi 🥰 ank syaa eczema, dan saya detect mcm alergi telur saya dh buat puding utk dia. mirepox pun sy dh buat utk penambah perasa dlm mskkn dia tk mahu, dia nangis terus reject. jadi saya terpaksa belikan nestum utk dia kesian dia tk mkn.

apa makanan pertama diperkenalkan masa 6m? kalau bubur kosong okey. pastu daripada yg sis ceritakan maybe anak sis nak makan makanan yg berbentuk boleh dipegang dikunyah. Gagging nie sis kena slow2 terima.. cuba lihat perbezaan gagging & tercekik . mudah utk kita move on.. tapi since sis dah perkenalkan nestum nie jujur saya cakap memang struggle sikit nak back to nasi. Tapi masih boleh sis je yg kena kuat semangat utk setiap progress. stop nestum. try buat finger food dalam kuantiti yg sedikit. dan keep intro slow slow semula makanan selain nestum & buahan manis. cuba buat dalam berbentuk comel2.

Baca lagi
6mo ago

saya buat menu yg 4days rules tu. masuk 7m sy tmbh lg 2 sayur dgn ayam mcm tu, dia mkn pun kdg saya paksa. lama2 saya cuba menumis dan tmbh mirepox dia terus reject nangis. anak saya taknk makan jadi saya terpaksa bg nestum. nestum pun dia mcm memilih juga sbb sya tukar flavour nestum dari gandum madu ke ayam carrot dia tk berapa mahu. hmmm takpelah saya cuba lagi bg mknn mcm biasa, nk stopkan nestum slow2 . terima kasih ya 🥰

sbb baby da tbiasa benda mnis.. buah mnis.. nestum pn mnis.. sbb tu bubur baby x nk.. awak msk bubur ape kt baby? 7 bln da bley tumis2, kre nye menu da mcm kte mkn cuma xde gula garam je.. nk tukar teksture kne bperingkat..try yg pekat2 dlu tp halus.. then bru blend kasar sikit..

6mo ago

masa 6 mnths tu saya buat bubur yg ikut 4days rules tu. pastu 7m saya start tmbh ayam dlm mskkn. buat juga mirepox penambah rasa tp dia tknk juga hmmm sbb anak tknk makan saya terpaksa bg dia nestum . tp saya cuba utk intro blik mknn slow2,. terima kasih ye atas nasihat 🥰

bagi dia bubur pun taknak ke?, bab finger food bole try lagi, awak perhati dia makan mcm mana, kalau nampak tanda tak okay, cepat bertindak. sbb dia mau makan finger food kan, n kt finged food tuh bole buat mcm2x.

6mo ago

kalau alergi nnt awak slow2x intro balik, supaya alergi dia tak teruk akan datang . tapi bab lain, bole try mcm finger food, guna tanpa telur ke, sbb ada je finger food buat tanpa telur. janji lengkap nutrien dia yg lain.

Anak sy 8bulan, pun reject semua. Bubur tu dah campur ayam + mirepoix, pun dia reject. Baru nak suap dh kemam. Skrg depends kt susu je 🥲

6mo ago

yeeee, mcm tu lah saya 😔 menangis saya sbb dia tknk makan. saya dh cuba pelbagai menu utk dia. dh 6m ke atas dh kena makan susu tu dh jadi menu sampingan. jadi nak tknk, saya bg dia nestum at least dia makan. nnt berat tk naik nurse marah pula 🫤

anak saya pula terbalik. tak suka nestum. tk suka manis. buah mkn je. bubur mkn jgk tp kurang. sis try buat mirepoix. tk ssh sgt

6mo ago

kalau saya pun menangis huhu .. penat2 msk.. try letak susu sikit dlm bubur. org ckp tk sesuai. tp sy buat je mula2 masa ank bru nk bljr mkn