Hubungan dengan keluarga angkat baby

UPDATE 21/07: Alhamdulillah .. kami dah kahwin 28/4 masa kandungan cecah 5 bulan. 19/4 saya dipermudahkan jalan untuk beritahu keluarga dia dan juga keluarga saya sehari sebelum nikah. Terima kasih kepada anda2 semua yg mendoakan dan menggalakkan untuk saya terus terang je. Terima kasih banyak2🤍 Cuma mohon doa ibu2 semua, supaya suami saya lebihkan lagi perhatian dan sentuhan kepada saya. Juga doakan supaya keluarga kecil kami ini mampu untuk ada rumah sewa sendiri secepat mungkin ataupun lepas habis pantang. Terima kasih sekali lagi🤍 Assalamualaikum, saya nak meluah dan bertanya sikit. Saya single mom ( tidak berkahwin) 5 bulan pregnant dan nanti saya terpaksa bagi ke keluarga angkat atas sebb tertentu. Ikotkan nak bagitahu je family dan jaga sendiri tapi tak boleh. Saya tak tahu nak bagitahu macam mana. Saya takut buntu penerimaan family macam mana. Keluarga angkat untuk baby saya dah jumpa dan masuk je 24 weeks dia akan tanggung perbelanjaan baby. Tapi yelah mmg cakap tak meroyan tapi siapa je tak sayang anak sendiri. Tapi terpaksa sebb keadaan keluarga dan kewangan😌 Soalan saya, ibu2 yg pernah beri anak ke keluarga angkat atau yg menjaga anak angkat.Boleh share tak : 1) Apa perjanjian atau syarat antara dua belah pihak? ( kalau ada) 2) hubungan ibu kandung dengan baby macam mana? Kerap jumpe atau jarang? Kebiasaannya berapa kali dalam sebulan/ dua? 3) keluarga angkat tu bagi tak untuk jaga baby buat tempoh masa yg pendek macam sehari dua? 4) macam mana ya ibu kandung mengawal perasaan dan emosi semasa ambil keputusan dan setelah serahkan baby ke keluarga angkat? 5) apa pendapat semua? Patot ke saya bagitahu je family kami berdua? Macam mana? Ayat apa? Doakan saya redha , ikhlasnya andai kata terpaksa juga beri ke keluarga angkat dan semua urusan saya dan baby dipermudahkan, Terima kasih☺️🤍 UPDATE HERE: 👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽 Fyi : Please memahami why i dont want to let my mom know. Saya tak malu dan saya tak takut nak bagitahu , but I’m thinking forward. Kalau takda sebab munasabah, i would tell my mom simply in the first place. Tapi keadaan kesihatan dia tak mengizinkan. Yes mungkin dia boleh terima, but i know her very well. Dia jenis mikir mikir mikir sampai tak sedar dia stress and effect her health. I already lost my dad , I don’t want to lose her nak2 lagi sebb myself. So update, I will take care of my baby by myself. Obviously, i’m asking my bf to paid monthly for my expenses. Hopefully, saya jumpa shelter untuk melahirkan dan membesarkan dia sampai dia besar sikit then I’ll bring him home. So if anyone know trusted shelter please comment below 🤍 Btw terima kasih kepada yg dah comment , doa, sharing and advice before this, i appreciate it a lot🤍 #advicepls #pregnancy #pleasehelp #ingintahu #bantusharing

22 Balas

hi single mom sy mencari anak angkat

Kisah saya & opinion

Mula nya mmg perit & smpai skrg perit kena terima hakikat ats apa yg kita da buat smpai ank ni ada tnpa ikatan kahwin yg sah. But, kita kena lalui kan bby x salah. masa pregnant sya nekad nak bagi ank ni dkt org lain laa, gugur laa. Tapi lama2 tak dpt sis, sayangnyaa😢 lagi2 lepas je dia lahir! sumpah x sanggup x kuat jauh dgn dia. Ya sis, belum cuba belum tahu. Jangan predict family akan itu ini. Kena terima hakikat & segalanya. Sebab kita yg punca cari masalah. Kita kena hadap juga . Jangan ketepikan family lagi. Bagi tahu sis jika sis sayang ank sis. Dan tidak la saya anggap jika sis bgi org lain jaga sis x syg ank. Saya faham, xde mak dlm dunia x syg ank dia. Saya cadangkan sis dgn ayh baby dtg jmpa family sis dan bagi tahu. Jangan sis sorang yg bagi tahu. Sebab biar family tengok & nampak. Yg sis n ayh baby mmg buat silap, tapi nak betulkan keadaan & mengaku kesilapan . Adalah terbaik utk keluarga. Semoga sis kuat & baby sihat

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan