Positif atau negatif?
Assalamualaikum. Saya dah lewat period 4 hari. Saya check upt sebelum sahur naik samar macam ni. Kemudian sy guna upt lain, masih nampak samar juga. Keesokkannya saya check lagi, still samar juga. Saya belum ada pengalaman, baru berkahwin bulan 11 tahun lalu. Period saya sebelum ni teratur ikut tarikh tracker period. Sekarang saya mengalami senggugut tapi tidak terlalu kuat. Senggugut sekejap2 sahaja. Saya juga ada sedikit cecair warna coklat pada pad saya. Dan juga cecair seperti warna darah sedikit (setitik/setompok). Minta pendapat mommy2 dan puan2 yang baik hati semuanya. Adakah saya positif mengandung atau tidak? Adakah ini petanda awal kehamilan?