14 Balas

boleh cuba baca posting dr page doctor imelda balchin pakar o&g ni Waalaikumsalam. TAK BOLEH PUAN. Sengaja menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan itu HARAM, dari segi kedua-dua hukum ugama Islam dan juga dari segi Undang-undang Malaysia, dan doktor yang bersubahat menjalankan procedure menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan boleh dipenjarakan. Apakah sebab perubatan yang membenarkan doktor pakar O&G menjalani procedure pengguguran? 1) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan yang serious seperti masalah fungsi jantung lemah, masalah fungsi injap jantung, kegagalan buah pinggang, cancer yang aktif, tekanan yang tinggi di dalam paru-paru seperti pulmonary hypertension. 2) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan mental yang serious, dan ini perlukan penilaian dari pakar Psychiatry dan persetujuan pakar Paychiatry dulu sebelum Pakar O&G dibenarkan menjalankan prosedur pengguguran. 3) Jika janin di dalam kandungan ada kecacatan serious yang tak boleh diselamatkan, dan meneruskan kehamilan ini boleh memudaratkan kesihatan ibu. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah meneruskan kehamilan Puan di hospital kerajaan yang membiayai penjagaan kesihatan Puan sampai sudah bersalin, dan memberikan anak Puan sebagai anak angkat kepada pasangan suami-isteri yang tidak mempunyai anak. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah dapatkan kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan untuk Puan selepas sudah bersalin, seperti alat IUCD di dalam rahim atau susuk implant, sebab kedua-dua kaedah ini hukumnya HARUS di dalam Islam untuk pasangan suami isteri yang ada kekangan ekonomi dan dibenarkan oleh Undang-Undang Malaysia. Sekiranya Puan ada masalah kesihatan yang serious termasuk masalah kesihatan mental, sila ke klinik kesihatan dan minta rujukan ke Jabatan O&G untuk mendapatkan penilaian kesihatan oleh pakar. Jangan sangka kalau anda buat hubungan kelamin anda tak akan tersangkut. Jika anda tak bersedia untuk kehamilan, anda gunakanlah kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan dari pil perancang. Ingat tau: 1) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pullout atau pancut diluar, di dalam masa satu tahun, 250 orang akan hamil juga. 2) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah condom, di dalam masa satu tahun, 180 orang akan hamil juga. 3) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pil perancang keluarga, di dalam masa satu tahun, 90 orang akan hamil juga. 4) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah suntikan depo-provera m, di dalam masa satu tahun, 60 orang akan hamil juga. 5) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat IUCD di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 8 orang akan hamil. 6) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat Mirena IntraUterineSystem berhormon di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 2 orang akan hamil. 7) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah susuk implant berhormon, di dalam masa satu tahun, hanya 0.5 orang akan hamil, iaitu 1 dalam 2000 pengguna. Apa yang anda perlu tahu, semua kaedah merancang keluarga adalah harus di dalam Islam untuk kesihatan dan kebahagiaan keluarga, sebab ia boleh reverse, tidak menyebabkan pemandulan, dan anda boleh subur semula setelah berhenti menggunakannya. Tetapi anda mesti ingat kesuburan anda bergantung kepada usia anda. Kalau anda menggunakan kaedah merancang keluarga dari umur 30 tahun sehingga umur 37 tahun dan kemudian berhenti menggunakan kaedah merancang keluarga pada usia 37 tahun, kesuburan anda tidak lah sebaik semasa anda berumur 30 tahun, jadi jangan tuduh kaedah merancang keluarga itu penyebab anda kurang subur, sedangkan anda sudah berusia lebih tua dari dulu. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Consultant Specialist in Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Marathon Runner

its okay awak. kita sama tau. time anak first 11 bulan dah mengandung lagi. anak first saya czer pulak tu. lagilah saya risau. saya dah pakai perancang (pil) tapi alhamdulillah nak lekat jugak 🤗 awal-awal memang saya down, 2-3 hari jugaklah. sampai lah sekali ni husband saya kata "takpa lah yang, dulu kita 2 tahun lebih kahwin tak dapat-dapat anak. ni Allah nak bagi cepat dua orang terus" . then sejak dari tu saya okay dah ☺ sekarang anak first saya dah 1 tahun 3 bulan, saya due awal march nanti. alhamdulillah so far mental saya dah prepared dah. wean off anak pun dah. kalau orang sekeliling bising tu, awak buat pekak je tau. jangan peduli diorang cakap. benda dah jadi kan. insyaAllah urusan awak dipermudahkan nanti 🤗

Org sekeliling tu bantu ke kita bila kita susah? Kalau ya mungkin boleh la dgr ckp dorg kalau takk, apa nk dikisahkan. Setakat mengecam tp xtlg tu kn biasa. Yg paling penting diri sndiri sbb kita la yg akan tanggung semua sakit penat susah payah tu.. n suami pon sama kene main peranan. Dlm pembikinan anak ni kita bdua je ngn suami. So lps jadinya anak tu sampai la dorg besar masih kita bdua je, org lain xde pon dlm kisah kita.. lps ni kalau rasa xsedia, lps pantang amekla perancang.. kalau dah bersama mana nk kata xsangka xready kan..pagar pon takde, yg berpagar pon bole lolos

ada makan perancang tak? if awak mmg dh makan perancang tapi lekat. itu mmg rezeki allah nk bg dekat awak. kalau awak plan sendiri. high change nak pregnant tu mmg ada. baby dh ada dlm rahim awak even awak tak ready pon. awak kena tahu ramai mommy dekat luar sana yg masih menanti zuriat. yg masih berjuang nk dpt kn zuriat. sanggup berhabis berpuluh puluh ribu. fikir positif. allah bagi rezeki sebab allah tau awak mampu

nanti cuba pergi jumpa doctor okay. buat penilaian kesihatan. bgtau je doctor mcm awak ckp ni. sbb sy xtahu situasi awak mcm mna. jgn risau sy xkn judge awak, knpa awak buat mcm tu. big hug❤️. sy doakan urusan awak dipermudahkan ya

kalau ada ambil perancang dgn disiplin, maka ia mmg kehendak Allah. rezeki awak. kalau rancang sendiri, begini la jadi dia. sedia/tak, benda dah ada. redah saja. cuma lepasni beringat lah, kalau mmg taknak lagi, belum sedia belum kuat belum kukuh kewangan, rancang lah dgn disiplin & guna teknik double protection. anda & suami saja mampu ubah.

suka komen ni.

Sama sy, first baby masa tu baru 6 bulan tapi dah lekat lagi sorang.. Now anak first dah 11 bulan lebih and baby 30 weeks 🤰.. Memula tu macam down sebab pikir masalah kewangan belum stabil and else. Tapi bila dipikirkan, takpe... Ini rezeki Allah nak bagi kat sy and husb. Plus, orang sekeliling pun support.. Alhamdulillah 🙃

Ada kawan saya anak baru 9 bulan baru nak belajar berjalan ibunya pregnant lagi buat kali ke 2 dia tak perduli apa org sekeliling ckap sebab itu rezeki dia allah beri. Dia teruskan suami pun beri semangat. Dia jaga betul2 kandungan dia alhamdulillah dia bersalin normal tanpa koyak. Keep positif ya..

Tkpe awak saya harap awak dgn kandungan awak sihat. Yang penting awak bahgia

kalau dh pregnant lg nk buat macam mana. cuma skrg ni utk anak yg 11bulan tu perlu mntk husb yg jaga sepenuhnya kalau boleh. siang kerja kalau anta taska okay..kalau puan surirumah, ptg husb balik mntk husb jaga sepenuhnya termssuk jaga malam. tak boleh kata tak sedia.

Inshaallah . Sy mampu handle.. husb kerja shift xtentu .. terima kasih sudi bgi nasihat . ❤️🫶🏻

VIP Member

teruskan sis. klo dah rancang tapi pregnant juga rezeki sis & suami. abaikan org sekeliling nak bebel ke apa. plg penting kerjasama sis & husband dlm mjaga anak2 nnt. sy doakan yg baik2 sahaja untuk sis sekeluarga. semoga dipermudah urusan sis semuanya.

TapFluencer

waalaikumsalam..rezeki Allah nk bagi puan..terima dgn terbuka hati dan redha..dan bayangkn kwn2 lain kawin bertahun2 xdpt anak..ada tu yg keguguran berkali2 masih blom dpt timang chya mata..inshaAllah puan kuat..be a strong mummy yahh

betul tu

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan