Saya stress

Assalamualaikum mommy saya betul² stres.anak saya 1 tahun berat 7.41kg .anak saya kalau makan 2,3 suap je.pagi xdi saya masak nasi goreng telor tetap sama makan sedikit.pukul 10 saya bagi sum sum mangga habis 1 mangkok kecil.pukul 12 sampai pukul 12.50 hanya makan 2 suap je lepas tu dia x nak makan dah.saya dah masak bermacam menu tapi hampa.saya bukan x mencuba bagi anak saya makan dah cuba bnyk kali tetap sama😭masak spaghetti.masak bihoon.masak mee sup tatap makan sedikit.macam mna lagi untuk saya terangkan kat doktor anak saya hanya makan sikit.anak saya susu badan.bagi susu pun kadang² dia sendri lepas .saya rasa dah malas nak jumpa doktor dah.saya jadi tekanan.😭😭😭#bantujawab

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kita sama sis, anak pun sama umur.. nasi butir dia kurang, nasi goreng sikit je makan. spageti pun xhabis. kadang sampai Sy masak buat cukup syarat je utk bagi pengasuh, makan ke x belakang kira. Sampai rasa buang masa masak tp x makan. Tp xboleh giveup, better masak dari anak Xde makanan. Sy buat ni: 1. bagi dia cuba makan side dish yg boleh dipegang macam buah atau ulam2. anak Sy suka sgt tomato ceri, timun sejuk. dia dah ada gigi boleh gigit sendiri, sy bagi tomato ceri sebiji mcm tu utk dia pegang, then Sy suap sekali isi dalam. lama2 dia nak makan sendiri, kena pantau cara makan. potong memanjang kalau hantar pengasuh. boleh cuba steam sayur/buah keras;- carrot, brokoli, epal. 2. Nasi tukar jadi bubur + sup ayam. ayam peha bagi dia pegang. add on buah yg boleh dipegang macam tongkol jagung. Dalam nasi atau lauk boleh masukkan minyak kelapa dara/unsalted butter. Add on sumber yg naikkan badan. 3. bagi anak supplemen appeton dgn vit d. (doc Sy suggest, boleh tanya doc sis dulu ya) 4. favorite snack anak Sy plain yogurt, buah + plain yogurt, dan roti bakar guna unsalted butter. Roti bakar tu boleh kata hari2 dia boleh makan, boleh tambah cheese. lagi satu pisang caramel, x pernah x habis. syukur sgt2. 5. Makan dgn anak, kadang anak tengok kita makan, dia nak. Jadi boleh bawak dia sekali waktu makan. 6. dah usaha, berserah, tawakal, doa byk2 supaya Allah bagi ilham, bagi mudah anak nak makan dan perkembangannya normal. Skrg ni itu makanan yg Sy cuba ulang2 setiap hari Alhamdulillah diterima akhirnya walaupun xhabis, tp selagi makanan masuk mulut, maknanya dia nak makan. Dan sy cuba positif kan diri, xnak stress2 walaupun anak masuk Line kuning. as long as perkembangan dia ok n dia aktif. Apa yg Sy buat xsemestinya sesuai dgn anak sis, tp boleh cuba. Harap sedikit sebanyak dapat membantu sis.. ❤️

Baca lagi

Saya tak tahu lah komen saya ni membantu atau tak tapi cuba bagi anak makan instant oat. Saya pakai brand quacker oat packaging warna merah. Berat anak naik cantik lepas smnggu mkn. Saya selalu bagi time pagi atau sebelum lunch. Masa anak bawah setahun, saya bancuh 2 sudu besar oat tu dgn air panas dan letak buah sikit. Sekarang anak dah 13 bulan, saya bancuh 3 sudu oat pulak. Alhamdulillah berat mmg naik. Cubalah mana tahu jadi kan.

Baca lagi
TapFluencer

Puan dan suami makan bersama anak. Kalau dia nak makan makanan dewasa, jangan halang. Selain pemakanan, pastikan tidur anak cukup. Bawa anak riadah pagi kena cahaya matahari pagi utk dapatkan Vitamin D. Bawa anak riadah petang di playground untuk dia bersosial dgn rakan sebaya

Baca lagi

Jgn stress puan. Sambil masak bzikir dan doa spy anak mkn mkanan tu. Sy msh buat bubur nasi utk anak, simple2 je mcm mcD ke (carrot, ayam, btg saleri, tomato ceri, daun kucai)blend

anak saya pon sama,mkn pon xnk bukn kn xnk mkn pegang pon xnk,😭😭😭berat aganya naik sikit mungkin sbb susu jer lh kot😭😭😭