Keluar darah sebelum bersalin masih perlu solat

Assalamualaikum mommies.. Tahu tak yang kalau kita ada keluar darah sepanjang mengandung ni, kena solat macam biasa.. Saya menyatakan concern ni sebab waktu saya warded baru2 ni ramai yang tak solat sedangkan belum bersalin lagi. Kecuali kalau dah dalam keadaan contraction kuat tak mampu nak tahan untuk bangun ambil wudhu ya. Sebab darah nifas hanyalah selepas bersalin. Sebelum tu dikira darah yang perlu dicuci dan tunaikan solat.. Tak mampu solat macam biasa, boleh solat duduk. Tak mampu juga, boleh solat baring. Mudahan apa yang saya sampaikan di sini dapat membantu ibu2 semua ♥️#sharingwithlove

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

betul.. kat. ward ramai, tp bilik solat muat 2org je, itu pun tak pernah beratur pn, sempat berlama2 lg

9mo ago

Betul sis.. Saya cuma anggap mereka tak tahu boleh solat. Kadang ada org rasa x yakin sebab kotor..