Berpantang dgn CL di rumah ibu sendiri

Assalamualaikum mommies. Saya bakal lahir baby 24 March 2024 dalam bulan puasa. Saya & suami rancang nak ambil CL untuk jaga saya & baby. Tapi ibu saya kata tak perlu dia boleh uruskan semua. Saya tak nak susah kan ibu saya sebab ibu saya bekerja & saya ada adik juga bakal bersalin bulan 3 dan kami berpantang di rumah parents bersama. Kalau boleh saya tak nak menyusahkan ibu & ayah saya nak urusakan semua, saya nak mereka rehat je sebab masa tu bulan puasa dan lagi beberapa minggu menjelang Hari Raya. Minta pendapat mommies semua. Perlu tak saya ambil CL untuk tempoh 14 hari sahaja. CL saya tak stay rumah dia balik hari. #pleasehelp

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bagi saya, yang kurang berkemampuan ni, hire lah CL. Sebab banyak baca urusan berpantaang mudah dengan CL. Saya pun teringin nak hire Cl nanti bersalin. Saya harap ada rezeki saya, Allah murahkan rezeki suami saya. Sebab tahu bila kita hire CL everything a to z disettlekan CL. Kita nak berpantang dgn tenang dan senang. Tak nak stress2 kan. Apa2 yang terbaik buatlah. Parents zaman dia dah lepas, tak ada macam zaman kita CL bagai so dia rasa benda tu buat kita takkan pandai jaga newborn atau tak cuba untuk belajar. Orang tua memang macam tu. Jadi tak perlu ikut. Kita kenal diri kita, apa yang termampu apa yang tidak. Kadang dari CL jugak kita belajar macam2 zaman dulu dan sekarang tak sama. Semoga urusan awak dimudahkan ya

Baca lagi