Berpantang dgn CL di rumah ibu sendiri

Assalamualaikum mommies. Saya bakal lahir baby 24 March 2024 dalam bulan puasa. Saya & suami rancang nak ambil CL untuk jaga saya & baby. Tapi ibu saya kata tak perlu dia boleh uruskan semua. Saya tak nak susah kan ibu saya sebab ibu saya bekerja & saya ada adik juga bakal bersalin bulan 3 dan kami berpantang di rumah parents bersama. Kalau boleh saya tak nak menyusahkan ibu & ayah saya nak urusakan semua, saya nak mereka rehat je sebab masa tu bulan puasa dan lagi beberapa minggu menjelang Hari Raya. Minta pendapat mommies semua. Perlu tak saya ambil CL untuk tempoh 14 hari sahaja. CL saya tak stay rumah dia balik hari. #pleasehelp

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Yea ambik je. Just bgtau ibu yg awak & suami dah byr deposit untuk CL tu. Just bgtau ibu suruh tgk2 kan CL tu bila die handle baby. Bab awak tu biar CL sepenuhnye uruskan awak. Ibu kalau nk tolong apa2 boleh saja tolong. Yg sebenarnye ibu ayah awak x nk bebankan awak dan suami untuk bayar CL nie, ye lah bukan harga sikit2, harga beribu2 kan. Kalau awak dan suami mampu, y not kan. At least memudahkan semua pihak. Just bgtahu saja ibu ayah sbb itu rumah diorg kan.

Baca lagi
2y ago

Tq memahami mommy. Kita kalau boleh tak nak penatkan ibu & ayah. Harap dorang faham situasi dalam keadaan bulan puasa tu semua akan keletihan. Nanti bila nak berbuka pun busy nak sediakan makanan ☺️