BAGAIMANA CARA AJAR ANAK MAKAN

Assalamualaikum mmy semua. Saya mahu bertanya,bagaimana mmy semua memperkenalkan makanan pertama pada bby? Bby saya dah nak masuk 7 bulan. Tapi masih tak pandai makan. Setiap hari saya bagi bubur yang di blander. Kadang² campur ayam/lobak/kentang/brokoli/tomato etc. Tapi bby tak nak makan. BBY TAK NAK BUKAK MULUT. Saya jadi stress lama² bila bby langsung tak nak bukak mulut. Bila saya sebut "makan/a~um" dia terus kunci mulut. Kalau saya sebut "minum air siket" dia pandai minum. Boleh tak kongsikan pengalaman mmy² semua ajar baby makan. Please 😭 #pleasehelp #bantusharing #firstmom #seriusnanya #firstbaby #ingintahu

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

W'salam. Cuba bagi dia cuit2 sendiri makanan tu. Letak dekat pinggan lain. Bagi dia pegang sudu atau garfu. Jadi kan waktu makan dia tu is a fun time. Tunjuk dan demo dekat dia cara makan. Elakkan distraction, cth makan sambil tengok tv is a big no. Nanti anak boleh jadi zombi eater, dia taktahu pun dia makan apa. Oral stimulation kena buat tau atleast 2x sehari (bersihkan mulut lap gusi). Puan boleh follow group di facebook, Happy Baby Foods Malaysia. Boleh tanya soalan di situ atau direct tanya admin. They really helpful.

Baca lagi

1st ibu suap dlm mulut ibu dlu.pastu bru ibu suap dlm mulut c bb. Atau ibu suap smbil tgok tv.😊

1y ago

Sorry..... Suap pakai sudu yang sama? Takboleh tau, kena jaga hygiene dan makan sambil tengok tv is a big nooo, nanti anak jadi zombie eater 🧟 Dia taktahu dia makan apa.