Makanan bayi 6 bulan
Assalamualaikum, maaf sy nak tanya. Bila baby dh masuk 6 bulan, lebih elok bg puree buah ke bubur nasi ya? Sy dah kaji, ada yg kata bg puree buah dulu..ada yg bg bubur nasi dulu. Sy pon confused. Minta tlg pendapat mommy² ya. Terima kasih.#ingintahu #firstmom

wsalam.. minggu pertama start dengan bubur nasi kosong cair. then tambah 1 jenis sayur dlm bubur. by minggu ke-3 dah start intro protein. semua ni buat rules bagi makanan yg sama selama 4 hari ya. klo bby tak ada alergi/sembelit, boleh intro jenis sayur or protein yg lain pula. contoh: 4 hari pertama: bubur nasi kosong + susu ibu/fm + minyak kelapa sawit (bubuh berapa titis/1 sudu teh shj). ada bajet lebih beli evoo (extra virgin olive oil). sama juga dengan beras, boleh guna beras yg sama kita makan. xsemestinya kena guna beras sumo. 4 hari ke-dua: bubur nasi+sayur bayam hijau 4 hari ke-tiga: bubur nasi+brokoli 4 hari ke-empat: bubur nasi+sayur bayam+ayam (intro protein) 4 hari ke-lima: bubur nasi+carrot+ayam (intro 1 jenis sayur) 4 hari ke-enam: bubur nasi+brokoli+ikan (intro 1 jenis protein) klo boleh sis buat jadual makanan anak ya. makanan apa yg dah intro. mesti kena alert apa yg anak dah makan & apa yg anak alergi. awal2 boleh bagi anak makan 1-2x makanan utama. buat cair2 je dulu klo risau anak sembelit, dah ok boleh ubah texture/kepekatan makanan. puree buah boleh intro sebagai snack time bila cukup 1 bulan. meaning 2x makanan utama, 1x snack time. macam buah naga, pisang, etc. buah yg lembut xperlu steam. hanya perlu lecek or bagi guna fruit feeder (google) pon boleh. lepas tu, sis buat jadual makan untuk 3x makanan utama (nasi/pasta+ikan/ayam/daging+sayur) 2x snack time (buah/finger food). meaning jadual makanan yg anak dah pass ya. sambil tu cuba lagi intro makanan baru dalam menu bby. bila intro makanan baru buat semula rules 2/3/4 hari makanan sama. Bawah 1 tahun, susu ibu/fm masih lagi makanan bby yg utama. makanan lain sebagai sampingan atau fasa pengenalan sahaja. jadi ada certain bby makan sikit ada yg makan banyak. itu normal jgn risau ya. sis boleh juga refer buku checkup anak sis. ada panduan utk makanan bby (page 36). situ pon boleh follow ok. *no salt no sugar sehingga bby 2 tahun ya. sis boleh guna ikan bilis or kurma sebagai perasa. jgn risau lidah bby ni xsama macam org dewasa. makanan yg kita bagi bby tu dah ada rasa. *madu pula hanya untuk bby 1 tahun ke atas. selamat mencuba!
Baca lagi

